Saya memilih elektronik sebagai hobi. Elektronik adalah satu bidang yang sangat luas. Bermulalah dari proses membuat cip cip komputer sehinggalah kepada teknologi angkasa lepas. Tetapi bagaimana elektronik itu boleh menjadi hobi? Adakah ia menyeronokkan?

Ada orang yang menjadikan repair tv, radio, dan washing machine sebagai satu hobi. Ada orang pula yang menjadikan mereka cipta sesuatu yang baru sebagai hobi. Ada pula yang menjadikan hobinya untuk menyelesaikan atau mempermudahkan kehidupan masyarakat setempat.

Gambar gambar di atas adalah antara barang barang yang gemar digunakan oleh mereka yang menjadikan elektronik sebagai hobi, yang menjadikan reka cipta idea idea baru dalam elektronik sebagai hobi. Hobi bukanlah sesuatu yang menyusahkan atau memberi tekanan. Oleh itu, kebanyakkan penggemar hobi elektronik memilih board board yang telah siap untuk digunakan bagi merealisasikan idea reka cipta mereka.

Untuk saya, saya gabungkan dua unsur yang penting dalam kehidupan, hobi dan pembelajaran. Kenapa? Sebabnya kerana saya berada di dalam bidang elektronik itu sendiri. Bidang pengajian saya adalah elektronik. Elektronik Hobby mengajar saya technical skill in theory. Huh. Secara amnya begitulah. Selain itu, apabila saya menjadikan pembelajaran saya sesuatu hobi, saya tak terasa bosan dan muak bila belejar.

Ilmu yang saya belajar di dalam buku teks, semuanya amat menyeronokkan. Kenapa saya kata menyeronokkan, kerana saya tidak berhenti di fasa buku teks sahaja. Saya nampak apa yang boleh saya lakukan dengan ilmu yang ada dalam buku teks. Ianya seperti bercantum cantum di dalam imiginasi saya.

Kebanyakkan orang hanya akan berhenti di fasa buku teks atau teori sahaja. Tetapi bagi kami penggemar hobi elektronik, litar litar di dalam buku teks yang mampu kami bina atau realisasikannya, kami akan cuba untuk membinanya. Bermula dengan litar litar yang mudah, sehinggalah litar litar yang kompleks.

Elektronik sebagai hobi, sesetengah masyarakat fikir ianya pelik, sesetengah fikir ianya susah tanpa mencuba dahulu. Dan yang di luar pengkhukhusan elektronik, mungkin menggelakkan hobi ini kerana terasa pelik bagi mereka. Untuk saya, saya buat apa yang saya minat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here