Secara amnya saya seorang yang gemar memasuki pertandingan yang melibatkan dengan elektronik atau robotik. Pada pendapat saya, pertandingan lah yang akan memaksa seseorang kepada limit nya, memaksa seseorang untuk lebih hebat dari dirinya yang semalam. Bagaimana ia bermula, junior di pertandingan robotik…. Pada mulanya, saya langsung tidak bercadang untuk aktif di dalam persatuan atau kelab semasa saya mengambil diploma, tetapi apa yang saya belajar di kelas, memaksa saya untuk masuk pertandingan, masuk persatuan atau kelab, lalu terus aktif memasuki pertandingan.

Apa yang saya belajar? Masa diploma, saya tertarik dengan benda ini yang dipanggil “microcontroller”. Course yang saya ambil tak ada subjek microcontroller. Saya bermula dengan PIC, belajar sendiri. Masa tu PICKIT 1 dan PIC16F684. PIC yang mungkin orang dah tak guna, tapi dia ada benda basic yang masih aktif digunakan hingga sekarang seperti input output pin, analog pin, comparator, function pin motor, PWM dan sebagainya.

Semasa saya belajar PIC ini, apa yang saya lihat, projek interfacing sangat berkait rapat dengan robotik (masa zaman universiti dulu lah). Jadi, bermula lah perjalanan saya ke dunia robotik. Pertandingan robotik yang pertama yang saya masuk adalah line follower game (robot ikut garisan hitam), masa ni diploma lagi.

Robot ikut garisan hitam sebagai permainan robotik pertama saya.

Masa tu ada yang memilih untuk menggunakan board yang sudah siap seperti arduino dan board yang dibuat sendiri. Kumpulan kami memilih untuk menggunakan board yang dibuat sendiri. Kami belajar sangat banyak, dari segi hardware robotik, hardware elektronik, buat PCB, mengenai power usage, jenis jenis bateri, dan yang paling penting adalah belajar macam mana nak tulis code dan yang lebih penting dari tu, macam mana nak hidupkan cip microcontroller tu sendiri (tanpa guna board pakai siap).

Gambar custom made board sensor infrared dan controller board yang saya buat. Sangat banyak keseronokkan dalam proses membuat benda benda ini.

Sekarang, saya mula untuk menggunakan board di pasaran seperti PIC board, chipkit, arduino dan etc. Hal ini kerana saya mula untuk pergi lebih dalam ke dunia coding dan interface. Selepas saya memaksa diri saya untuk pergi lebih dalam ke dunia elektronik hardware, sekarang saya mula paksa diri saya untuk pergi ke dunia coding dan interface. Walau macam mana pun, part yang paling penting saya belajar dalam perjalan dunia robotik saya ialah kerja berpasukan akan memberi hasil yang terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here