Multimeter. Kawan pertama untuk sesiapa yang ber”electronic”. Agak janggal kalau seseorang yang belajar a practical electronic untuk tidak mempunyai multimeter, untuk tidak tahu menggunakan multimeter. PELIK kerana multimeter seperti pelajar engineering tanpa scientific calculator, budak sekolah tanpa pensil atau penulis software tanpa sebarang komputer riba.

Teringin untuk ber Electronic Hobbyist? Benda pertama yang perlu anda ada adalah multimer, kenapa? Perumpamaanya, anda tak tahu main badminton, beli raket dulu, barulah anda ada semangat untuk pergi ke court bermain. Kalau tak pun, anda akan cuba pelan pelan dulu main dalam bilik dengan dinding rumah 🙂 Lama lama, pandailah main badminton.

Begitulah juga electronic hobbyist, mulakan dengan membeli multimeter sendiri, selepas itu, sifat ingin tahu anda akan membimbing diri anda untuk mendalami dunia electronik. Bagi electronic hobbyist yang baru nak bermula, ini tip tentang multimeter. Function apa di multimeter yang anda perlukan untuk permulaan? Check voltage, check resistor, dan check continuity. Believe me, tiga ni dah cukup untuk yang baru nak mula.

Check voltage. Untuk electronic, DC voltage sudah mencukupi, tetapi untuk electrical, anda perlukan AC jugak. Tapi kalau anda bermain dengan AC, pastikan beli multimeter yang berjenama sikit, sebabnya mereka pentingkan safety. Bermain dengan AC, utamakan keselamatan dahulu. Ingat, jangan lupa !!!

Check resistor. Ramai orang sudah lupa cara membaca colour code resistor. Inilah sebab kenapa feature ini sangat penting. 😀 Senang dan mudah.

Feature auto range. Pastikan kalau boleh, feature ini pun ada. Manual range, secara peribadinya, saya tak suka, amat menyusahkan.

Akhir sekali, checking the continuity. Fungsi yang amat diperlukan dan antara paling penting di dalam electronic hobbyist. Electronic dan troubleshoothing memang tak dapat dipisahkan. Dan continuity check amat diperlukan dalam proses troubleshooting, nak check kalau kalau ada short di mana mana.

Kalau tak ada duit sangat nak start electronic hobbyist, you can start buying multimeter yang ada feature ini. 3+1 = 4. Kalau dah ada empat feature ini, check voltage, check resistor, check continuity dan auto range, then buy one your own multimeter. Mulakan perjalanan anda dalam dunia electronic 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here