Secara amnya, power supply adalah suatu alat yang membekalkan voltage dan current kepada barang elektronik. Projek power supply juga adalah projek yang paling digemari oleh saya kerana ianya boleh di upgrade dari semasa ke semasa dan diketahui umum. Gambar gambar di bawah adalah diari saya di dalam mempelajari projek power supply.

Diari 1, Sedang melakukan analisa kasar, pengiraan maksimum power, saiz heatsink dan beberapa parameter asas lain yang perlu diketahui. Mereka cipta power supply adalah mudah, tapi membuat power supply dengan dokumentasi yang lengkap adalah susah. Masa fasa ini pun dah terasa susah kerana apa yang dipelajari di dalam electronic 1, 2 dan 3 di universiti perlu diaplikasikan ke dalam analisa power supply ini.

Diari 2, selesai dengan analisa menggunakan pensel. Sekarang masa untuk analisa menggunakan komputer. Ianya satu yang menyeronokkan, mula mula kita mengira dengan pensel, dan selepas itu kita meng analisa menggunakan komputer. Bila di hadapan komputer, kita boleh lihat AC signal, ripple dan pelbagai lagi. Saya menggunakan software ORCAD dalam melakukan analisa power supply saya. Secara amnya, orcad tidaklah user friendly dan tidak sesuai bagi beginner yang baru menceburkan diri dalam dunia elektronik. Tetapi ianya satu software yang sangat bagus untuk melakukan pengiraan atau analisa dengan sangat detail. Ambil masa untuk belajarnya, ia sangat bernilai jika anda pandai menggunakannya.

Diari 3, Selepas selesai melakukan analisa, langkah seterusnya adalah dengan mereka design PCB. Saya amat gemar untuk menggunakan perisian dari ORCAD. Yup, secara am nya, ianya tidaklah user friendly, tetapi sangat puas hati menggunakan nya. Satu software yang sangat lengkap.

Diari 4, membuat prototaip yang pertama, saya amat seronok. Tapi malanngnya ia tidak berfungsi. Salah saya. Mungkin disebabkan terlalu gopoh dan saya terlalu malas untuk troubleshoot nya pada masa itu, saya tinggalkan untuk troubleshoot apa masalahnya. Apa yang ada dalam fikiran saya pada masa tu adalah “Saya nak buat satu lagi yang baru”.

Diari 5, membuat protoaip yang kedua, ia menjadi. Gembira kuasa dua. Tetapi ada sedikit kekurangan, saiz heatsink terlalu kecil. Cepat panas.

Diari 6, membuat prototaip akhir. Akhirnya power supply siap dibuat dan di test. Design akhir mempunyai satu output yang boleh dikawal dan 4 output 5V.

Sangat seronok membuat projek power supply ini. Banyak perkara yang dipelajari di universiti dulu boleh di apply di dalam projek ini. Lastly, all is well.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here