Made in Malaysia. Wowww… Tetiba saya bangga menjadi rakyat Malaysia 🙂 Gambar di atas menunjukkan komponen SMD. Semua benda dah jadi makin kecik, kiut, cantik, comel, apa lagi? Antara benda yang budak elektronik kena master sebelum graduate, teknik soldering, both through hole and SMD. Betul ker? HHhhmmm…. Back to the topic. First time saya kenal SMD masa diploma. Masa tu ada lab SMD. Belajar tentang SMD. Lepas habis lab tu, most of the student, OK, lab dah habis. Hantar report dan lupakan SMD. Minority nya teruskan menggali ilmu pengetahuan tentang SMD. From that time, my journey untuk mengenali SMD bermula.

Bermula dengan research sedikit sebanyak tentang SMD di internet dan buku teks. Selepas itu terus membuat pembelian komponen. Bukan apa, kalau barang ada depan mata, baru semangat sikit nak buat. SMD. Erk…. Keciknya Surface Mount resistor, nak solder pun susah. Package yang selalu saya guna adalah 0805. Tak terlalu kecik, tak terlalu besar.

Next, mata solder. Biasanya untuk solder SMD, sangat tidak digemari guna mata yang tajam tu (point tip). Tak cantik solder SMD. Biasanya chisel tip labih digemari di dalam SMD soldering seperti gambar di atas. Hmmmmm.. Sudah ada komponen, mata solder and next… PCB.

Saya pon fabricate PCB untuk SMD soldering. Agak best solder SMD. Dua perkara yang perlu ada ketika solder SMD adalah flux dan chisel tip. Kalau ada dua benda ni, memang senang kerja mensolder SMD. Its really fun doing something new 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here