Jika anda peminat robot dan masih belum mengikuti saluran Youtube MegaBots, anda wajib mengikutinya. MegaBot sangat giat membina robot robot bersaiz besar dan sudah berkali kali muncul di pertunjukan Maker Faire di luar negara. Di Malaysia masih belum ada yang membuat robot bersaiz besar ini. Keseluruhan proses membuat robot ini direkodkan seperti sebuah rancangan TV.

Matlamat utama MegaBots adalah untuk menghasilkan pertarungan robot dengan robot bersaiz besar. Kadang kala menoton MegaBots ini boleh menjadi satu perkara yang mengasyikkan bagi peminat robot.

Dalam episod di atas, MegaBots dilengkapkan dengan senjata. Di dalam episod ini, kita boleh melihat MegaBots mengangkat kereta sebenar dan menghayunnya seperti mainan. Sangat menakjubkan.

Di dalam video di bawah pula, anda boleh melihat bagaimana mereka menguji senjata yang berlainan. Semuanya bersaiz besar, Ya senjata yang bersaiz besar.

Video di atas menjadi lebih menyeronokkan apabila mereka menunjukkan betapa beberapa senjata yang dipasang tidak berfungsi atau tidak efektif. Sebagai contoh, gergaji yang tak beberapa sesuai dan tidak berfungsi secara efektif sebagai senjata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here