Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Ulasan Produk
Tahap Kesukaran : Baru Mula Belajar

Kit DIY Robot yang mungkin menarik perhatian anda di Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan.

Kit DIY Robot yang mungkin menarik perhatian anda di Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan.

>> Dapatkan Kit ROBOT DI SINI <<

Kit Reka Cipta Navigasi Robot belajar membina aplikasi Android dan robot mudah alih merupakan set pembelajaran yang dilengkapi dengan modul dan CD pembelajaran dalam Bahasa Malaysia.

Kit pembelajaran elektronik ini sesuai dipelajari oleh mereka yang baru ingin mengenali dunia aplikasi Android dan Arduino. Anda akan dibekalkan dengan buku manual pembelajaran, cakera padat yang mengandungi fail fail kod arduino, dan papan mikropengawal Arduino serta komponen komponen Elektronik.

Anda akan diajar mengenali asas untuk membuat aplikasi telefon pintar android menggunakan MIT Apps Inventor lalu mengawal robot mudah alih yang telah dibina anda.

>> Anda akan diajar untuk membina aplikasi pertama <<

Aplikasi pertama adalah aplikasi yang akan menerima input nama. Selepas menekan butang Hantar, aplikasi Android akan memproses input nama tersebut dan membandingkan dengan nama yang disimpan di dalam aplikasi Android. Jika perbandingan betul, anda akan disambut dengan Hello World berlatar belakangkan warna hijau. Jika perbandingan salah, anda akan dituduh penyamar berlatar belakagkan warna merah.

App Inventor pada asasnya terdiri daripada dua bahagian utama iaitu App Inventor Designer dan App Inventor Block Editor. Designer adalah tempat di mana anda mereka cipta bagaimana rupa muka depan aplikasi Android anda manakala Block Editor pula adalah di mana anda akan “menulis kod” secara visual dengan kaedah tarik dan letak blok bagi menentukan fungsi aplikasi Android anda. Selepas anda siap mereka cipta aplikasi Android, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut ke telefon pintar Android anda dan lihat ianya beraksi secara langsung di hadapan anda.

>> Anda akan diajar untuk membina aplikasi navigasi robot <<

Anda selangkah semakin hampir untuk membina robot mudah alih yang mana anda boleh navigasikan nya melalui telefen pintar anda. Seterusnya adalah untuk membuat aplikasi navigasi Android anda. Prosesnya sama seperti pembinaan aplikasi pertama anda di mana anda perlu mereka cipta muka depan aplikasi serta menulis kod untuk memberi fungsi kepada aplikasi anda.

>> ANDA AKAN DIAJAR UNTUK membina robot mudah alih <<

Akhirnya menggunakan Aplikasi Navigasi Robot yang sudah pun diuji di langkah sebelum ini dan dibuktikan berfungsi, kita akan menggunakan isyarat isyarat yang dihantar oleh aplikasi Navigasi Robot untuk memandu robot mudah alih. Isyarat isyarat yang mewakili butang Kehadapan, Kebelakang, Kekiri dan Kekanan akan digunakan bagi menggerakkan robot ke arah yang dikehendaki.

Buku manual pembelajaran Reka Cipta Navigasi Robot mempunyai 57 Muka Surat serta 7 pecahan tajuk seperti yang tertera di muka surat isi kandungan.

Kami berharap anda akan menikmati set Reka Cipta Navigasi Robot ini dan mendapatkan kepuasan dalam mereka bentuk robot mudah alih sendiri dan melihat ciptaan anda sendiri berfungsi.

>> Dapatkan Kit ROBOT DI SINI <<

Kit DIY Robot yang mungkin menarik perhatian anda di Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan.

Kit DIY Robot yang mungkin menarik perhatian anda di Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini