Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> tembakan x-ray sebanyak 600 kali <<

Kedengaran agak menakutkan, itulah yang akan dihadapi seiapa yang hendak ke Marikh. Data baru menunjukkan yang perjalanan ke Marikh akan mendedahkan angkasawan dengan sinaran kosmik yang boleh mematikan.

Misi menghantar angkasawan ke Marikh semestinya berbahaya dan terlalu banyak risiko. Sekarang dengan penemuan baru, kita tahu bahawa angkasawan akan terdedah dengan sinaran kosmik dalam dos yang amat menggerunkan. Pada 2016, agensi-agensi angkasa Eropah dan Rusia telah melancarkan ExoMars Trace Gas Orbiter (TGO) iaitu sebuah program bagi memantau atmosfera Marikh. ExoMars Trace Gas Orbiter juga akan mengumpul data radiasi sepanjang perjalanannya dari Bumi ke Marikh. Perjalanan ini juga adalah perjalanan yang bakal digunakan dalam menghantar angkasawan kelak.

>> sinaran kosmik <<

Menurut pengiraan penyelidik yang telah dikemukakan baru baru ini di European Planetary Science Congress, perjalanan 12 bulan ke Marikh akan mendedahkan angkasawan kepada radiasi sehingga 600 mSv. Itu bersamaan dengan kira-kira 600 kali x-rays ke bahagian dada. Kadar radiasi setinggi ini mampu mengakibatkan angkasawan menghadapi risiko kanser, kerosakan sistem saraf pusat, dan masalah kesihatan yang teruk.

>> bagaimana radiasi di marikh? <<

Pengiraan ExoMars Trace Gas Orbiter tidak mengambil kira pendedahan radiasi yang akan dialami oleh angkasawan semasa di Marikh atau di orbitnya. Pengiraan sebelum ini hanyalah radiasi sepanjang perjalanan. Namun begitu, berdasarkan data yang telah diperoleh, NASA telah mencari jalan bagi menyiapkan dan melindungi kru angkasawan dari radiasi berbahaya ini.

Jom mengEksplorasi ke angakasa lagi di Roket BFR Elon Musk Ke Bulan Sebelum Ke Planet Marikh

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini