mBlock 5 adalah perisian pengekodan yang direka untuk pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM). mBlock (pengekodan berasaskan grafik) yang mana selepas anda menyusun blok blok kod pada perisian mBlock, anda boleh memuat naik blok blok kod tersebut de dalam papan Arduino anda. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> pengekodan dan papan elektronik arduino <<

Platform Arduino IDE yang berasaskan teks sahaja.

Arduino IDE merupakan satu platform pengekodan yang sangat stabil dan
fleksibel, serta menjadi pilihan utama kami dalam membuat prototaip projek. Walau bagaimanapun ianya mungkin tidak sesuai untuk semua peringkat, tambah tambah lagi bagi kanak kanak dan warga berumur yang baru ingin mengenali dunia pengekodan.

Jadi penyelesaiannya mungkin adalah mBlock (pengekodan berasaskan grafik) yang mana selepas anda menyusun blok blok kod pada perisian mBlock, anda boleh memuat naik blok blok kod tersebut de dalam papan Arduino anda.

>> mBlock yang mesra kanak kanak <<

Versi mBlock ketika penulisan ini ditulis adalah mBlock 5. mBlock 5 adalah perisian pengekodan yang direka untuk pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM). Perisian mBlock 5 ini diilhamkan oleh Scratch 3.0, ia menyokong pengekodan grafik dan teks. Jika anda biasa menggunakan Scratch 3.0, mungkin anda berasa sedikit kurang ketika menggunakan perisian Scratch bersama sama papan Arduino Uno kegemaran anda.

Menyokong Pengekodan grafik dan teks.

Pada ketika ini, lebih daripada 10 juta orang telah menggunakan mBlock 5 untuk tujuan belajar pengekodan, membuat projek mereka sendiri, dan seterusnya berkongsi ciptaan mereka. Dengan mBlock 5, selain daripada menggunakanya bersama sama dengan papan Arduino Uno, anda juga boleh menggunakannya dengan papan Microbit.

Selain itu, mBlock 5 juga seperti perisian Scratch yang membolehkan anda mencipta cerita pendek, animasi serta permainan ciptaan anda sendiri. Yang lebih menarik, mBlock 5 mengintegrasikan teknologi canggih ke dalam perisiaanya seperti Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT).

mBlock 5 mengintegrasikan teknologi Artificial Intelligence (AI).

mBlock 5 mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT).

>> Lawati laman sesawang mblock 5 di sini <<

Perisian mBlock 5 boleh digunakan pada beberapa platform. Diantaranya adalah dengan memasang perisian mBlock 5 pada komputer, telefon, Chromebook atau secara atas talian di laman sesawangnya.

>> Kod grafik LED Blink menggunakan mBlock <<

Mari kita lihat betapa mudahnya untuk menulis kod LED Blink menggunakan mBlock. Anda tidak perlu menulis teks, sebaliknya hanya perlu menggunakan blok blok kod yang telah disediakan bagi menyempurnakan kod anda.

Di dalam kod grafik di atas, anda dapat melihat blok blok kecil diletakkan di dalam blok forever.

Penggunaan blok forever adalah bagi memastikan blok blok di dalamnya berjalan dalam satu lingkaran yang berulang ulang. Dalam kes kod LED Blink, kita perlu membuatkan LED berkelip berulang kali. Jadi penggunaan blok forever adalah suatu kewajiban di dalam kod sebegini.

Di dalam blok forever, terdapat blok set digital pin bertujuan untuk menetapkan pin digital pada papan Arduino yang akan digunakan. Blok set digital pin ini berfungsi untuk menjadikan voltan pin Arduino Uno pada tahap HIGH (iaitu 5V) atau LOW (iaitu 0V).

Oleh itu, jika kita mempunyai LED yang disambungkan ke pin nombor 13 Arduino Uno dan mahu menyalakannya, kita akan menggunakan blok set digital pin 13 output as HIGH, dan LED kita akan menyala. Sebaliknya, jika kita mempunyai LED yang disambungkan ke pin nombor 13 Arduino Uno dan mahu memadamkan nya, kita akan menggunakan blok set digital pin 13 output as LOW, dan LED kita akan padam.

Dalam kod LED Blink ini menggunakan blok wait 1 seconds untuk memberhentikan program selama satu saat antara keadaan LED dinyalakan dan LED dipadamkan. Dengan cara ini, kita dapat melihat LED berkelip dengan selang masa satu saat.

>> mudahkan menulis kod dengan mblok? <<

mBlock 5 merupakan perisian yang kami rasakan paling sesuai untuk pemula yang baru ingin mengenali dunia Pengekodan Arduino Uno. Jom kita cuba terokai blok blok kod lain yang terdapat dalam perisian mBlok 5 ini.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini