Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

>> BATERI LAMA Komputer retro <<

Jika anda mempunyai komputer lama yang sudah tidak digunakan atau jarang sekali digunakan, pergi dan buka penutup badannya. Anda boleh nampak bateri jam di atas papan utama komputer anda berfungsi untuk mengekalkan data waktu dan masa. Kadang kadang bateri lama ini boleh jadi malapetaka atau boleh jadi BOMM masa yang sedang berdetik.

Ini kerana, bateri lama seperti ini akan lama kelamaan bocor dan akan memuntahkan cecair seakan acid ke sekeliling bateri tersebut. Anda mungkin bernasib baik jika ia tidak merosakkan bahagian sensitif yang lain atau sebaliknya, berakhirlah nostalgia-nostalgia anda dengan komputer tersebut. Perkara ini sama sahaja boleh berlaku pada peranti elektronik yang lain yang menggunakan bateri berasaskan teknologi cecair. Jika tidak bernasib baik, papan pcb boleh sahaja menjadi serapuh biskut setelah ditinggalkan lama sebati dengan cecair bateri lama yang dimuntahkan. Kesimpulannya, jeluarkan bateri anda sekarang jika anda tidak menggunakan peralatan elektronik anda pada satu jangka masa yang lama.

>> berbalik kepada tajuk, bateri SMD <<

Kebiasaanya bateri jam yang diletakkan di komputer adalah dari jenis lithium yang mempunyai potensi untuk bocor merentasi masa. Kini, mungkin terdapat teknologi baru yang akan membolehkan peranti elektronik moden bertahan lebih lama dan pada masa yang sama mengelak masalah cecair bateri daripada bocor. Ianya adalah teknologi bateri pepejal (solid state). Sampel bateri pepejal yang telah direka oleh FDK Corporation ini kelihatan seperti kapasitor SMD (surface mount device) yang besar dan yang pastinya ia mengelak daripada masalah kebocoran.

>> pelaburan teknologi bateri <<

Terima kasih kepada mereka yang sanggup melabur besar dalam penyelidikan teknologi bateri, kini kekuatan bateri semakin kuat dan penambahbaikan dalam reka bentuk fizikalnya agar boleh dimasukkan ke dalam peranti elektronik moden yang semakin hari semakin mengecil. Bateri yang dikeluarkan oleh FDK Corporation ini membolehkan komponen ini diletakkan pada papan elektronik menggunakan robot pick and place dalam meningkatkan produktiviti. Bateri yang dibuat menggunakan pepejal lithium kobalt pyrophosphate dan berdimensi 4mm, 2mm dan 2mm ini mempunyai spesifikasi voltan 3V dan 140μAh.

Melihat kepada kepesatan teknologi bateri ini, siapa tahu mungkin manusia menanam bateri di dalam badannya kelak bagi …

>> mendapatkan kuasa adiwira <<

Baca lagi tentang teknologi di Lupakan WiFi – Teknologi LiFi Membentuk Komunikasi Internet Masa Hadapan.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini