Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

>> Pelancaran Roket SpaceX Falcon 9 Yang Sangat Indah <<

Ianya bukan seekor burung Pheonix yang mengeluarkan api merah atau api biru! Ianya bukan hanya sekadar pesawat! Tetapi ianya adalah tindak balas kimia yang sangat cantik, satu pertunjukkan yang menakjubkan. Inilah sebab mengapa pelancaran roket SpaceX Falcon 9 sangat mempersonakan berbeza dengan pelancaran roket roket sebelumnya. Apa yang anda lihat di dalam video di atas ialah pelancaran pertama di darat dan pendaratan roket SpaceX Falcon 9 di atas air.

Pendaratan Penujah Roket Di Atas Air

Roket SpaceX Falcon 9 telah dilancarkan di California pada 7 Oktober 2018 yang lalu dengan membawa 2 biji satelit yang sama. Satelit tersebut adalah satelit SAOCOM 1A dan SAOCOM 1B yang dicipta untuk berfungsi menggunakan gelombang mikro. Satelit ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tentang kelembapan tanah global dan maklumat berasaskan pertanian. Data ini (big data) akan digunakan oleh ahli sains untuk mengkaji tentang perubahan keadaan komposisi tanah di bumi. Data yang bakal dikaji diharapkan boleh memberi kita amaran awal yang boleh kita gunakan bagi mengelakkan kesan banjir, serangan kepada tanaman, dan mungkin bahaya lain. Semestinya penghantaran satelit SAOCOM pertama ini oleh roket SpaceX Falcon 9 adalah suatu kejayaan. Ditambah pula dengan pelancaran yang amat sekali indah tontonanya serta pendaratan semula penujah roket ke bumi.

Roket SpaceX Falcon 9 kelihatan seperti menghantar ledakan warna dan garis biru ke langit pada setiap tahap pembakaran dan pemisahan roket. Api merah ketika roket sedang menujah ke langit dan api biru apabila muatan roket dan penujah roket berpisah. Kesan warna asap biru atau warna api biru yang terpancar dari roket SpaceX Falcon 9 adalah terhasil daripada fenomena senja (Twillight Phenomenom).

Bahan kimia yang terdapat di dalam asap yang dilepaskan oleh roket SpaceX Falcon 9 telah membiaskan cahaya matahari yang masih terdapat di ruang angkasa. Ini menghasilkan kesan Kaleidoskop yang amat cantik. Kejayaan ini diakhiri dengan penujah roket kembali mendarat di pad pendaratan.

>> spacex berjaya melonjakkan teknologi roket ke suatu tahap di  mana kos setiap pelanCaran semakin murah <<

Jom mengEksplorasi ke angakasa lagi di Alamak, Berita Buruk Dari Marikh… Sinaran Kosmik Yang Berbahaya Akan Membunuh Angkasawan.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini