Kebanyakkan gambar di laman ini telah diwarnakan (termasuk gambar di atas) dari gambar asal hitam putih dengan menggunakan teknologi Deep Learning.

Oleh Airil Hafiz dalam Berita Teknologi

Perbandingan gambar asal dengan gambar yang diwarnakan

>> Burung merpati sebagai alat komunikasi zaman dahulu <<

Dr. Julius Neubronner bersama burung merpatinya.

Marcapada ini, amat mudah bagi kita untuk melihat gambar yang diambil dari udara. Kita hanya perlu membuka aplikasi Google Earth di telefon pintar atau melaui komputer untuk melihat gambar rumah kita dari sudut pandangan udara, atau boleh pergi ke kedai RC atau secara dalam talian untuk membeli drone hobi dan seterusnya menerbangkannya lalu menangkap gambar panorama udara anda sendiri.

Zaman sekarang kita mempunyai akses yang sangat mudah untuk capaian satelit melalui aplikasi Google Earth dan penerbangan udara menggunakan Quadcopter. Namun ketika zaman di mana satelit kedengaran agak pelik dan Quadcopter masih belum tercipta, Dr. Julius Neubronner mula menangkap gambar di udara dengan meletakkan kamera pada badan burung merpatinya.

Dr. Julius Neubronner adalah ahli apothecary, yang pada masa itu adalah sama dengan seorang ahli farmasi hari ini. Perniagaan menjual ubat ubatan adalah perniagaan turun temurun yang diwarisi dari ayahnya dan burung merpati amat dekat dan bermakna baginya kerana ia adalah satu medium untuk menghantar barang pada masa itu (ibarat posmen pada masa kini). Seperti yang dilakukan ayahnya sebelum ini, Dr. Julius Neubronner menggunakan merpati untuk menghantar dan menerima ubat-ubatan dan untuk urusan surat menyurat. Hendak dijadikan cerita, sekitar tahun 1903, Dr. Julius Neubronner menghantar satu merpati keluar untuk tugasan tetapi malangnya burung tersebut tidak kembali. Akhirnya tanpa diduga, burung tersebut pulang kembali sebulan kemudian dalam keadaan sihat dan sifat ingin tahu Dr. Julius Neubronner ingin mengetahui apa yang terjadi. Adakah ianya jatuh sakit di tengah tengah perjalanan atau hampir ditangkap pemangsa.

>> sifat ingin tahu semakin menguasai diri <<

Dr. Julius Neubronner semakin ingin tahu tentang pergerakan dan cara hidup burung merpatinya ketika mereka berada jauh dari sarangnya. Oh, Dr. Julius Neubronner adalah seorang jurugambar yang gemar menangkap gambar. Dia cuba melihat bagaimana hobinya berguna untuk menjawab segala persoalan daripada sifat ingin tahunya. Dia mengambil kamera kecilnya sendiri dan memasangnya pada burung merpatinya. Kamera kecilnya mampu diangkat oleh burung merpatinya dan beliau menggunakan timer yang ada pada masa itu untuk meng automatik kan proses penangkapan gambar di udara.

Sejak dari itu, Dr. Julius Neubronner telah membangunkan lebih daripada 12 reka bentuk kamera merpati, termasuk versi dengan pelbagai kanta dan model panorama. Model model ciptaannya kini boleh dilihat dipamerkan di beberapa muzium di Jerman.

Walau bagaimanapun idea dan rekaan Dr. Julius Neubronner tidak berakhir bersama sama dengan hayatnya. Sekitar zaman kematian Dr. Julius Neubronner pada tahun 1932, tentera Jerman mengulangi idea itu dengan mereka cipta kamera merpati yang boleh mengambil hampir 200 gambar setiap penerbangan.

Teknologi kamera dan pesawat terbang rancak berkembang di zaman kita ini. Jika mengikut kronologi sejarah, sekitar 1980-an, pesawat tanpa kawalan yang dipasang dengan kamera telah pun dibangunkan. Pada masa itu juga, sudah ada satelit yang mengorbit bumi yang mampu menangkap dan menghantar imej dari angkasa lepas. Kini sudah tentu, semua teknologi ini tersedia kepada orang ramai. Malahan bukan sekadar burung merpati sahaja tetapi video YouTube menunjukkan burung helang terbang dengan beg galas membawa GoPro.

>> Satu teknologi merentasi masa <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini