Oleh Airil Hafiz dalam Berita Teknologi

>> Mata bionik untuk orang buta <<

Bionik untuk si buta, kedengaran sesuatu yang luar biasa. Sekumpulan penyelidik dari University of Minnesota telah membina prototaip mata bionik yang mana merupakan langkah pertama bagi memberikan semula pandangan kepada orang buta. Jika dilihat pada satu sudut lagi, mata bionik ini juga mampu memberikan penglihatan yang luar biasa kepada mereka yang sudah boleh melihat. Siapa tahu !!!

>> penukaran cahaya <<

Para penyelidik menggunakan pencetak 3D yang direka khas untuk membina prototaip mata bionik mereka. Pertama, mereka mencetak bahan perak di bahagian dalam kaca hemisfera. Seterusnya, mereka menggunakan bahan polimer semikonduktor untuk mencetak sensor cahaya di atas bahan perak yang akan mengubah cahaya menjadi isyarat elektrik. Seluruh proses percetakkan ini mengambil kira-kira satu jam. Mata bionik ini dapat mengubah cahaya menjadi isyarat elektrik dengan 25 peratus kecekapan.

>> Masih terlalu awal <<

Ianya masih terlalu jauh untuk meniru mata sebenar. Pasukan penyelidik tidak akan dapat memindahkan mata ini kepada manusia dalam masa yang terdekat. Bahan kaca yang digunakan mungkin tidak sesuai diletakkan di dalam soket mata seseorang. Jadi pasukan penyelidik masih mencari cara untuk mencetak menggunakan bahan hemisfera yang lebih bersifat lembut. Pasukan penyelidik juga mahu menambah penerima cahaya bagi meningkatkan kecekapan mata bionik ini.

>> Penglihatan yang lebih baik di masa hadapan <<

Salah seorang daripada penyelidik memutuskan untuk menangani apa jua cabaran dalam mencipta mata bionik ini kerana berinspirasi ibunya yang tidak dapat melihat. Antara cabaran yang terbesar adalah penyelidik perlu terlebih dahulu memikirkan cara untuk menukarkan isyarat elektrik dari mata ke sesuatu yang dapat diterjemahkan oleh otak. Penyelidikan ini mungkin mengambil masa lebih lama…

Baca lagi tentang anggota prostetik di Tangan Palsu Cetakan 3D Kini Mampu Merasakan Kesakitan

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini