Oleh Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman dalam Berita Teknologi

>> Teleskop Angkasa Kepler NASA hampir sampai ke penghujung khidmatnya <<

Teleskop angkasa kepler bakal berehat selama lamanya di tempat tidurnya. Seperti kenderaaan darat yang memerlukan sumber bahan api untuk bergerak dan perlu mengisi bahan api tersebut semula apabila habis digunakan dalam melakukan perjalanan yang jauh, teleskop angkasa Kepler juga direka untuk beroperasi menggunakan bahan api di samping kuasa solar. Dengan kata lain, teleskop angkasa Kepler menggunakan teknologi hibrid gabungan bahan api dan solar. Disebabkan telah melakukan perjalanan yang sangat jauh dan hebat, bahan api teleskop angkasa Kepler semakin hari semakin berkurang dan disebabkan tiada stesen minyak di angkasa lepas, teleskop angkasa Kepler terpaksa direhatkan atau ditamatkan perkhidmatannya.

>> Kepler harus diberi penghormatan <<

Walaupun penghujung khidmat teleskop angkasa Kepler semakin dekat, khidmatnya dalam mengumpul data tentang eksoplanet dan planet planet yang berpotensi untuk dihuni harus diraikan. Jika dahulu ada perancangan untuk melancarkannya, sekarang NASA memulakan pula rancangan untuk memastikan teleskop angkasa Kepler dapat beristirehat di tempat yang selamat sebagai tanda penghormatan terakhir pada sang perwira yang sudah lama berkhidmat.

Pada 12 Mei 2009, teleskop angkasa Kepler NASA mula memburu planet di luar sistem solar. Gambar di atas menceritakan kisah Kepler melaui angka-angka.

>> eksplorasi 9 tahun yang luar biasa <<

Dalam jangka hayat selama 9 tahun, teleskop angkasa Kepler telah membantu manusia membuat beberapa penemuan yang luar biasa. Dengan matlamat mencari planet-planet seperti di sistem solar Matahari kita, Kepler telah dilancarkan pada 6 Mac 2009 di Cape Canaveral, Florida. Misi kepler adalah misi pertama NASA yang mampu mencari planet-planet seperti Bumi, mengorbit bintang bintang lain yang ada di dalam galaksi bima sakti yang di mana ianya diberi nama zon yang boleh dihuni.

Ruang carian Kepler sejauh 3000 tahun cahaya, walaubagaimanapun ruang carian Kepler hanyalah berbentuk kon sahaja.

>> Kisah Kepler dan Lebih dari 2000 Planet <<

Teleskop angkasa Kepler melakukan pencarian dengan memerhatikan sudut bintang yang sama selama mungkin. Ini bagi membolehkannya mengenali sesuatu planet baru dalam sistem bintang tersebut ketika planet tersebut melintasi depan bintang. Nama bintang di sistem solar yang kita duduki adalah matahari, terdapat banyak lagi bintang lain di galaksi bima sakti kita ini. Setakat ini, kepler telah menemui lebih daripada 2000 eksoplanet dengan kira-kira 30 daripadanya berpotensi dihuni, dan lebih kurang dua kali ganda saiz bumi. Penemuan oleh Kepler ini memperluaskan pengetahuan kita tentang alam semesta dan menimbulkan banyak persoalan tentang potensi kehidupan asing, kehidupan atau kematian di atas planet planet yang telah ditemui Kepler ini.

Kepler mencari planet berukuran bumi di zon bintang lain yang boleh dihuni. Gambar menunjukkan planet bersama bintang mereka.

>> Kepler dalam mod hibernasi atau berehat <<

Pada awalnya, Jurutera NASA hanya menjangkakan Kepler mampu menyiapkan 10 misi eksplorasi pemerhatian tetapi teleskop angkasa Kepler telah menjangkau jangkaan iaitu dengan melakukan 18 misi eksplorasi pemerhatian. NASA telah menetapkan keadaan Kepler kepada mod hibernasi atau berehat sehingga Ogos. Pada bulan Ogos nanti, NASA berharap untuk teleskop angkasa Kepler berada di tempat yang ideal untuk membuat pemindahan data terakhir ke bumi. Inilah kali terakhir mereka dapat membuat komunikasi sebelum teleskop angkasa Kepler kehabisan bahan api. Untungnya sekarang, Kepler berada dalam ruang yang agak bebas, bukan berada dekat dengan mana-mana planet atau bulan yang boleh menyebabkan pelanggaran. Ini membolehkan NASA terus membiarkan Kepler mengumpul data sehingga ianya tidak lagi mampu beroperasi. Pada ketika itu, Kepler akan ditinggalkan untuk hanyut di angkasa lepas.

Konsep artistik menunjukkan kapal angkasa Kepler beroperasi dalam profil misi memburu planet baru yang dipanggil K2 beberapa tahun lepas. Menggunakan data yang tersedia secara umum, ahli astronomi mengesahkan penemuan eksoplanet pertama dalam misi K2 membuktikan bahawa Kepler masih boleh mencari planet baru beberapa tahun lepas.

>> TESS perintis kepada Kepler <<

Kini, NASA telah melancarkan teleskop angkasa yang baru dan lebih berteknologi bagi menggantikan teleskop angkasa Kepler. Teleskop angkasa yang baru ini dinamakan Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS). Menggunakan pendekatan yang berbeza dengan teknologi Kepler di mana memberi tumpuan pada sudut kecil tetapi jauh, TESS akan mencerap bintang-bintang terang pada sudut 360 darjah dan dalam jarak 300 tahun cahaya dari bumi. Walaupun zaman Kepler bakal berlalu, semangatnya akan terus hidup pada TESS.

Teknologi TESS yang membuat cerapan 360 darjah sejauh 300 tahun cahaya.

>> Berapa banyak planet yang boleh dihuni akan ditemui Kepler sebelum dirinya hanyut ke bintang yang akan membakar badan logamnya? <<

Gambar di atas menunjukkan kronologi masa merangkumi peristiwa penting dari misi Kepler.

Misi Kepler, misi pertama NASA untuk mengesan planet berukuran Bumi di sekitar bintang-bintang seperti matahari. Pencapaian daripada misi ini adalah penemuan sistem peralihan planet yang pertama, planet terkecil dengan pengukuran jisim dan radius, sistem enam planet pertama, planet dua bintang pertama, planet terkecil di zon bintang boleh dihuni yang sama seperti matahari kita. Ini merupakan sumbangan besar kepada ilmu astronomi moden.

>  Semoga kepler tenang di ruang angkasa lepas sana <<

Jom mengEksplorasi ke angakasa lagi di Wira Angkasa Yang Dilupai – Kesesakan Ruang Angkasa Bumi

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini