ESP32-S2 telah dikeluarkan dengan mengambil keputusan untuk membuang beberapa ciri ciri yang ada pada ESP32 sambil menambahkan ciri ciri menarik baru yang lebih sesuai untuk pasaran peranti IoT berkuasa rendah. Yang paling penting adalah kosnya lebih rendah daripada ESP32 dan ditambah pula dengan ciri ciri USB-OTG, LCD, dan sokongan kamera.. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Mari kita lihat sejarah ESP !!! <<

Pada bulan Ogos 2014, Espressif telah mengeluarkan ESP8266. Pada awalnya, ESP8266 dicipta lebih kepada untuk berfungsi sebagai jambatan Wi-Fi diantara satu mikropengawal dengan mikropengawal yang lain. Tidak lama kemudian selepas itu, ianya mula popular apabila setelah berjaya diintegrasikan dengan perisian open source yang popular iaitu Arduino IDE.

ESP8266 menjadi modul IoT yang sangat popular, laris dan berjaya. Walaubagaimanapun, ESP8266 mempunyai kelemahan yang amat kritikal iaitu dari segi keselamatan data. Namun kelemahan ini seperti dilupakan sekarang mungkin kerana sudah terlalu banyak produk yang menggunakan modul ESP8266 ini.

Kini, terdapat beratus-ratus perkakas IoT rumah yang menggunakan ESP8266, dari suis pintar ke lampu pintar dan banyak lagi. Sebahagian darinya mungkin menyimpan maklumat yang kritikal seperti nombor ID, maklumat tingkah laku pengguna, credential Wi-Fi dan salinan cap cari.

Malangnya, ESP8266 tidak mempunyai ciri ciri untuk melindungi kod atau data yang disimpannya. Penggodam yang mempunyai akses ke ESP8266 boleh membaca maklumat peribadi dan sensitif pengguna seperti yang disebut sebelum ini.

>> ESP32 hadir sebagai penyelesaian kepada risiko keselamatan ESP8266 <<

Espressif mengeluarkan ESP32 pada bulan September 2016. Tujuannya adalah untuk menambah baik kekurangan kekurangan yang terdapat pada ESP8266. ESP32 didatangkan dengan lebih banyak GPIO, ADC, DAC, dwi-teras, Bluetooth, sensor sentuh dan yang paling penting adalah hardware encryption serta code signature bagi memastikan kelemahan faktor keselamatan data ESP8266 yang lalu dapat diatasi.

Walaubagaimanapun, dengan penambahbaikkan yang ada pada ESP32 terutamanya pada faktor keselamatan data, para pencipta peranti IoT masih ingin mengekalkan modul ESP8266 di dalam peranti IoT mereka. Jika dibandingkan dengan modul ESP8266, masih sedikit perkakas IoT yang menggunakan ESP32.

Mengapa para pencipta kurang berminat untuk beralih atau manaik taraf dari ESP8266 ke ESP32? Ada yang mengatakan faktor utama adalah harganya di mana ESP32 lebih mahal daripada ESP8266. Di bawah adalah perbezaan harga yang kami ambil dari website pembekal elektronik (menunjukkan harga ESP32-S2 yang jauh lebih murah berbanding yang lain) :

ESP8266
ESP32
ESP32-S2

>> Memperkenalkan ESP32-S2 <<

Antara gambar awal prototaip cip ESP32-S2

Sekitar tahun 2019, Espressif mengumumkan kemunculan ESP32-S2. Menurut Espressif, ESP-S2 muncul dengan pengurusan tenaga yang lebih efisien, prestasi RF yang lebih baik , kemampuan IO dan ciri keselamatan yang ditambah baik. ESP32-S2 adalah pilihan yang ideal untuk pelbagai aplikasi berasaskan IoT.

>> ESP8266 Vs. ESP32 Vs. ESP32-S2 <<

Terdapat beberapa perbezaan antara tiga papan elektronik IoT ini, mari kita ringkaskan melalui jadual di bawah :

ESP8266 ESP32 ESP32-S2
Tahun keluar 2014 2016 2019
Mikro pengawal Xtensa single-core 32-bit L106 Xtensa single/dual-core 32-bit LX6 Xtensa single-core 32-bit LX7
Kelajuaan 80 MHz 160/240 MHz 240 MHz
Co-processor Tiada ULP ULP (RISC-V)
SRAM 160 KB 520 KB 320 KB
ROM Tiada 448 KB 128 KB
Memori RTC Tiada 16 KB 16 KB
SPI RAM Luar Sehingga 16MB Sehingga 16MB Sehingga 128MB
Memori Flash Luar  Tiada  Tiada Sehingga 1G
Wi-Fi (802.11 b/g/n) HT20 HT20 HT20
ESP-MESH Ada Ada Ada
Bluetooth Tiada BT 4.2 BR/EDR & BLE Tiada
Ethernet Tiada 10/100 Mbps Tiada
CAN Tiada 2.0 Tiada
TOF (Time of Flight) Tiada Tiada Ada
GPIO 16 34 43
Sensor Sentuh Tiada 10 14
SPI 2 4 4 (OSPI)
I2C 1 (soft) 2 2
I2S 2 2 1
UART 2 3 2
ADC 1 (10-bit) 18 (12-bit) 20 (12-bit)
DAC Tiada 2 (8-bit) 2 (8-bit)
PWM (soft) 8 16 8
SDMMC Tiada Ada Tiada
RMT (remote control) Tiada Ada Ada
USB OTG Tiada Tiada Ada
Antara muka LCD Tiada Tiada Ada
Antara muka Kamera Tiada Tiada Ada
Sensor Suhu Tiada Ada Ada
Hall Sensor Tiada Ada Tiada
Privasi Data Tiada Secure boot Flash encryption 1024-bit OTP Secure boot Flash encryption 4096-bit OTP
Crypto Tiada AES, SHA-2, RSA, ECC, RNG AES-128/192/256, SHA-2, RSA, RNG, HMAC, Digital Signature
Mod Kuasa Rendah 20uA 10uA deep sleep Pengurusan kuasa RF automatik 5uA dalam mod idle dan 24uA pada 1% duty cycle

>> KeKURANGAN dan Kelebihan ESP32-S2 <<

Seperti yang kita lihat di jadual di atas, ada beberapa penambahbaikan seperti ciri USB dan TOF. Pada masa yang sama juga beberapa ciri ciri telah dihilangkan seperti Bluetooth dan Ethernet MAC. Antara sebab saya beralih dari ESP8266 ke ESP32 antaranya adalah kerana ciri bluetooth yang terdapat pada ESP32.

Ciri lain yang telah dihilangkan adalah pemproses dua teras. Walaubagaimanapun, ESP32-S2 didatangkan dengan pemproses satu teras LX7 yang lebih pantas dan lebih kuat. Tentang memori pula, ESP32-S2 didatangkan dengan memori SRAM dan ROM yang lebih kecil. Tetapi jika anda memerlukan storan memori RAM yang lebih besar, ESP32-S2 menyokong sambungan memori luaran yang lebih besar dibandingkan dengan modul ESP yang sebelumnya.

Apa yang lebih menarik tentang ESP32-S2 adalah tentang mod kuasa rendah nya. Mod kuasa rendahnya berkeupayaan untuk turun serendah 5uA dan 24uA pada 1% duty cycle. Ini bererti, ESP32-S2 amat sesuai untuk dijadikan peranti IoT yang berasaskan bateri jika dibandingkan dengan ESP32.

>> Adakah ESP32-S2 Berbaloi? <<

ESP32-S2 telah dikeluarkan dengan mengambil keputusan untuk membuang beberapa ciri ciri yang ada pada ESP32 sambil menambahkan ciri ciri menarik baru yang lebih sesuai untuk pasaran peranti IoT berkuasa rendah. Yang paling penting adalah kosnya lebih rendah daripada ESP32 dan ditambah pula dengan ciri ciri USB-OTG, LCD, dan sokongan kamera.

Dengan ESP32-S2 baru, Espressif berusaha untuk mengisi jurang antara ESP8266 dan ESP32, baik dari segi ciri dan harganya. ESP32-S2 bukan pengganti ESP32. Sebaliknya, ia lebih kepada pengganti ESP8266 (mengharapkan pasaran komersial berubah dari ESP8266 yang kurang selamat kepada ESP32-S2 yang lebih selamat dan lebih murah).

Kunjungi sekarang kedai Arduino Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini