Oleh Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman dalam Berita Teknologi

>> pod penumpang yang bergerak dalam tiub vakum pada kelajuan yang sangat laju <<

Hampir lima tahun yang lalu, Elon Musk mencadangkan idea pod penumpang yang bergerak dalam tiub vakum pada kelajuan yang sangat laju. Keadaan vakum membolehkan sesuatu objek bergerak tanpa rintangan dari hadapan, hasilnya kelajuan maksimum dapat dicapai. Idea ini menimbulkan minat para pelabur berprofil tinggi, menimbulkan perdebatan sama ada ianya boleh dilaksanakan atau tidak oleh ribuan penuntut, penyelidik dan pengajar di universiti dan isu ini juga berlegar di kalangan pereka dan peminat teknologi. Sejak itu, gerakan untuk melahirkan Hyperloop dilahirkan.

>> TREK UJIAN OLEH SPACEX, ELON MUSK <<

Trek Ujian SpaceX

>> Kronologi SPACEX, MIT dan Hyperloop <<

Mari kita imbas sedikit sejarah tentang kronologi hyperloop. Pada tahun 2015, SpaceX membina trek ujian jarak jauh. Gambar di atas menunjukkan trek ujian SpaceX yang sangat panjang. Pada tahun 2016, para penyelidik MIT melancarkan prototaip pod dan setahun kemudian mereka telah membuat pelanjaran pertama mereka di dalam tiub vakum. Video di bawah yang bertarikh 29 Januari tahun 2017 yang bertajuk “First Ever Low Pressure Hyperloop Run” menyaksikan pelancarannya.

First Ever Low Pressure Hyperloop Run

>> Realiti PENGANGKUTAN hyperloop <<

Kini akhirnya sampai ke titik di mana Hyperloop tidak lagi kelihatan seperti sebuah mimpi prototaip kenderaan kecil yang hanya bergerak di dalam tiub ujian. Kini sudah terdapat pelabur dan syarikat yang komited untuk membina landasan Hyperloop di Abu Dhabi pada tahun 2019, dan mungkin menghubungkan Chicago dan Cleveland. Video di bawah menjelaskan konsep hyperloop dengan lebih terperinci bagi membolehkan pengangkutan ini mencapai kelajuan maksimum.

Konsep Hyperloop

>> Impian bakal direalisasikan <<

Sehingga hari ini, beberapa perniagaan telah muncul di sekitar konsep Hyperloop dengan hasrat untuk merealisasikan impian ini. Salah satunya adalah Hyperloop Transportation Technologies (HTT) iaitu sebuah syarikat yang mahu menghubungkan bandar-bandar di Timur Tengah seperti Dubai dan Abu Dhabi melalui Hyperloop. Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, syarikat ini telah berkembang kepada kira-kira 800 pekerja dan jumlah pelaburan sehingga puluhan juta dolar. Adakah hyperloop akan menjadi satu kenyataan atau terhenti di suatu peringkat sahaja?

>> Hyperloop, satu perkembangan yang menarik untuk diikuti <<

>> Pengangkutan masa hadapan!!! Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang? <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini