Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Video si cilik comel di atas adalah perkongsian dari salah seorang pelanggan NADI Eleczone Solutions. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga Melayu, anak kecil ini kelihatan begitu fasih berbahasa inggeris. Tahniah kepada ibu dan ayahnya. Anak kecil ini juga kelihatan begitu seronok dalam membina robot ikan nya. Malahan, anak kecil ini bersemangat untuk membina robot yang lain pula. Kami di sini, mendoakan anak kecil ini semoga menjadi salah seorang yang akan memandu perubahan teknologi di Malaysia kelak ke satu tahap yang boleh dibanggakan kita bersama rakyat Malaysia.

>> pendidikan STEM Kepada anak-anak <<

Menghubungkan pembelajaran di dalam kelas kepada situasi dunia sebenar adalah salah satu cara yang telah dibuktikan keberkesanan nya dalam menarik minat pelajar untuk mendalami seusatu topik yang dipelajari. Apabila pembelajaran berlaku di dalam satu saluran yang tertutup iaitu saluran yang tiada hubung kait kepada dunia realiti, para pendidik akan merasa lebih sukar dalam menarik minat pelajar untuk belajar. Yang lebih sukar adalah bagi menyuntik inspirasi kepada mereka untuk lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menimba ilmu. Inisiatif STEM yang menyeronokkan terbukti dapat membantu memerangi masalah suntikan inspirasi ini.

>> hubung kait di antara industri dan pendidikan <<

Untuk membantu golongan muda mempersiapkan dirinya dalam menghadapi Industri 4.0 dan kelak akan berevolusi kepada Industri 5.0, para profesional yang bekerja di industri perlulah bekerjasama dengan sektor pendidikan sebagai mentor dalam menawarkan pengalaman mereka. Hubungan sebegini di antara industri dan dunia pendidikan seawal sekolah rendah boleh membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran STEM yang menarik dalam bilik darjah. Semestinya pendidikan adalah tanggungjawab semua orang, bukan sahaja mereka yang berada di dalam dunia pendidikan tetapi juga mereka yang berada di dalam dunia industri.

>> Industri 4.0 dAn evolusinya di masa hadapan kelak <<

Kini kita telah memasuki era Industri 4.0, di mana komputer dan automasi akan digandingkan bersama-sama dalam satu kaedah yang baru. Robot robot akan disambung secara tanpa wayar ke sistem komputer yang dilengkapi dengan algoritma mesin yang boleh belajar sendiri atau Artificial Intelligent. Hasilnya, kawalan robotik hanya memerlukan input yang minima dari pengendali manusia dan pengendalian yang lebih efektif.

>> Siapa yang mengelak, akan ketinggalan <<

Bagaimana kita ingin menghadapai industri 4.0?

Secepat mana kita boleh bersiap sedia dengan industri 4.0?

Bolehkah kita mengelak dari menyertai revolusi industri 4.0 ini?

Mereka yang mengelak untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan teknologi terkini akan berhadapan risiko menjadi tidak relevan dan ditinggalkan kebelakang. Semestinya Malaysia tidak ingin kembali ke belakang menjadi negara mundur. Malaysia akan terus kehadapan. Persoalan seterusnya adalah dari mana kita ingin mulakan. Jawapanya sudah pasti anda tahu…. Semestinya…

>> anak kecil kita <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini