Kini usia Raspberry Pi 4 sejak kemunculannya telah hampir setahun dan hampir 3 juta unit telah terjual. Ketika pihak Raspberry Pi melancarkan Raspberry Pi 4 dengan varian 1GB, 2GB dan 4GB, pihak Raspberry Pi ketika itu sudahpun menjangkakan kemungkinan adanya Raspberry Pi 4 8GB. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> Papan komputer raspberry Pi 4 <<

Kini usia Raspberry Pi 4 sejak kemunculannya telah hampir setahun dan hampir 3 juta unit telah terjual. Ketika pihak Raspberry Pi melancarkan Raspberry Pi 4 dengan varian 1GB, 2GB dan 4GB, pihak Raspberry Pi ketika itu sudahpun menjangkakan kemungkinan adanya Raspberry Pi 4 8GB.

>> Kenapa tidak dikeluarkan raspberry pi 4 8gb ketika itu ??? <<

Cip BCM2711 yang digunakan sebagai cip pemproses pada Raspberry Pi 4 dapat menampung sambungan SDRAM LPDDR4 sehingga 16GB. Walaubagaimanapun, ketika kemunculan Raspberry Pi 4, SDRAM di dalam bentuk Low Power DDR4 yang dijual atau yang terdapat di pasaran hanya setinggi 4GB.

Baru baru ini sahaja syarikat pengeluar cip memori Micron telah mengeluarkan memori SDRAM 8GB dalam bentuk LPDDR4. Oleh itu, dengan adanya memori dalam pakej yang sesuai untuk dimuatkan di atas Raspberry Pi 4 maka terhasillah papan komputer Raspberry Pi 4 8GB.

>> Untuk siapa raspberry pi 4 8gb ini ??? <<

Untuk kebanyakkan pengguna asas yang menggunakannya hanya sekadar untuk tujuan pembelajaran STEAM yang asas, Raspberry Pi 4 4GB adalah lebih dari mencukupi.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda seorang pengguna yang pakar, menulis skrip automasi yang akan memanggil banyak perisian dalam satu satu masa atau perlu membuka banyak web browser dalam satu satu masa maka papan Raspberry Pi 4 8GB ini amat sesuai untuk anda.

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini