Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

>> RISIKO pengujian KERETA PANDU SENDIRI <<

Marcapada, boleh dikatakan kesemua pengujian kereta pandu sendiri dilakukan di atas jalan raya yang sebenar. Risikonya boleh membawa kepada kemalangan dan juga kematian yang mana sudah pun terjadi. Baru baru ini, satu pasukan penyelidik dari Cambridge University telah membangunkan dunia simulasi bagi membantu sistem artificial intelligence kereta pandu sendiri mereka. Kaedah ini mungkin mempunyai pendekatan yang lebih selamat dan terbukti apabila data daripada dunia simulasi tersebut berjaya mengajar kereta pandu sendiri bagaimana untuk memandu secara selamat.

Di dalam video di bawah, pasukan penyelidik menunjukkan percubaan projek yang diberi nama Sim2Real dilakukan dengan jayanya. Kereta pandu sendiri yang mana telah diajar terlebih dahulu menggunakan data dari dunia simulasi, kini memandu di dunia nyata.

>> DUNIA Simulasi kereta <<

Projek simulasi ini merupakan simulasi memandu yang kompleks dan dicipta berasaskan kehidupan sebenar. Simulasi ini digunakan untuk mengajar sistem artificial intelligence kereta pandu sendiri. Hasilnya, kereta pandu sendiri dapat memandu sendiri di jalan sebenar di dalam pemanduan kali pertamanya. Bukankah ia satu yang menakjubkan?

>> situasi yang tidak diduga <<

Kereta pandu sendiri yang digunakan dalam penyelidikan ini telah memandu sejauh 3 km setakat ini tanpa sebarang kemalangan. Walau bagaimanapun, masih banyak simulasi perlu dipelajari oleh kereta pandu sendiri ini bagi menghadapai situsasi yang tidak diduga di dunia sebenar. Ini kerana, realiti jauh lebih kompleks daripada simulasi memandu yang sederhana. Contohnya, pejalan kaki atau penunggang basikal boleh merumitkan keputusan yang perlu diambil oleh sistem artificial intelligence kereta pandu sendiri.

Kaedah simulasi ini mungkin adalah penyelesaian yang lebih efektif berbanding terus meletakkan kepercayaan kepada sistem artificial intelligent untuk bergerak terus di atas jalan raya, ianya merbahaya. Siapa tahu, mungkin kaedah simulasi ini boleh melancarkan dan mempercepatkan keberadaan kereta pandu sendiri yang diyakini kecekapannya di atas jalan raya?

Baca lagi berkenaan Kenderaan Darat diĀ TESLA masih tidak boleh memandu sendiri !

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini