Versi Jet Wing kali ini adalah versi yang telah ditambah baik dari yang sebelumnya. Dimana ia tidak lagi memerlukan juruterbangnya untuk melompat keluar dari pesawat atau helikopter bagi memperoleh momentum dan mendapatkan kelajuan. Kini Jet Wing boleh terus berlepas dari darat. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Channel Youtube Yves Rossy telah berkongsi video yang menunjukkan Jetman dengan sayap berkuasa jetnya berlepas dan melayang layang di atas tasik Geneva di Switzerland.

>> Pengenalan <<

Versi Jet Wing kali ini adalah versi yang telah ditambah baik dari yang sebelumnya. Dimana ia tidak lagi memerlukan juruterbangnya untuk melompat keluar dari pesawat atau helikopter bagi memperoleh momentum dan mendapatkan kelajuan. Kini Jet Wing boleh terus berlepas dari darat.

Di dalam video di bawah, anda dapat melihat Jetman dengan mudah melayang di atas air dan mengawal Jet Wing nya. Sayap berkuasa jet ini dikawal oleh jari Jetman melalui sistem kendalian yang dipasang di sarung tangan nya.

Jet Wing ini dilaporkan boleh terbang pada kelajuan 350km per jam dan pada ketinggian sehingga 6,000 meter. Melalui rekacipta terbaru Jet Wing yang dihidupkan oleh empat enjin Turbin P550, Jetman dilaporkan mampu terbang lurus ke atas dengan kelajuan sehingga 180km per jam.

Reka bentuk muncung Enjin Jet Wing ini mempunyai prinsip yang sama seperti roket SpaceX Elon Musk yang membolehkan pelepasan dan pendaratan secara menegak dilakukan.

Baca lebih lanjut tentang angkasa lepas di Satelit Aeolus Earth Observation Hampir Bertembung Dengan Starlink SpaceX.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini