Oleh Airil Hafiz dalam Berita Teknologi

Cuba tanya pada diri anda sendiri satu soalan yang sangat mudah, berapa kerap cahaya atau lampu di siling anda sekarang boleh berkelip dalam masa satu saat? Adakah 60 kali atau 100 kali atau 1000 kali, yang pastinya lebih daripada 1000 kali. Bagaimana jika lampu tersebut, yang ada di atas siling tempat anda duduk sekarang boleh menghantar data atau maklumat 100 kali lebih laju daripda modem WiFi anda sekarang. Itulah LiFi, teknologi berasaskan cahaya. Ianya berbeza jika dibandingkan 10 Mbs kelajuan internet asas di Malaysia dengan 224 Gbs bagi kelajuan teknologi LiFi, Sangat Berbeza.

>> Data tanpa wayar dari setiap sudut cahaya <<

Teknologi LiFi menggunakan cip pengawal LED yang mampu menghidup dan memadamkan lampu LED pada kelajuan yang tersangat laju. Dengan kata lain, kita akan mampu menghantar data lebih laju serta labih murah daripada biasa.

>> Wifi.. Ianya boleh digunakan dan berfungsi, Tetapi… <<

Tetapi secara jujurnya, ianya sedikit lembap dan terhad oleh spektrum frekuensi radionya yang agak kecil berbanding spektrum frekuensi cahaya (ianya percuma) yang digunakan oleh LiFi. Teknologi Lifi menggunakan spektrum cahaya yang mana spektrumnya adalah besar sebagai medium untuk menghantar data. Dengan merujuk gambar di bawah, LiFi menggunakan spektrum visible light dan WiFi menggunakan sebahagian kecil daripada spektrum yang berada di sebelah kiri gambar.

Spektrum LiFi adalah 10000 kali lebih besar dan 10 kali lebih murah untuk digunakan. Asasnya, spektrum visible light adalah percuma jika dibandingkan dengan spektrum radio. Tapi, adakah ini bermakna kita memerlukan cahaya sepanjang masa untuk melayari internet? Bagaimana kalau kita nak tidur tapi pada masa yang sama memerlukan sambungan ke internet?

>> LiFi mampu berfungsi pada tahap cahaya yang amat rendah <<

Rupa rupanya LiFi masih lagi boleh berfungsi pada tahap cahaya yang amat rendah sehingga tidak kelihatan pada mata manusia, dan pada masa yang sama kekuatan cahaya yang rendah tersebut mampu membekalkan cahaya yang cukup untuk menghantar data. Jadi teknologi LiFi adalah sesuatu yang praktikal untuk dibangunkan, ianya laju dan ianya juga adalah sesuatu yang logik. Mari kita tengok apa lagi manfaat yang boleh diperoleh daripada LiFi ini.

>> Tiada lagi istilah sambungan yang lemah <<

Kita tidak lagi perlu berjalan ke sana ke mari sambil membebel pada diri sendiri mencari kawasan yang mempunyai sambungan WiFi yang kuat. Akhirnya kesemua tempat memberi hasil yang mengecewakan walaupun sudah berada dekat dengan router internet. Teknologi LiFi berfungsi dengan tidak seharusnya memerlukan cahaya langsung dari sumbernya seperti lampu, hanya dengan menerima cahaya yang telah dipantulkan dari dinding sahaja LiFi mampu pergi selaju 70 Mps. Tetapi jika menerima cahaya langsung dari sumbernya, sudah pasti kelajuanya menggila sehingga 224 Gbs.

>> Keselamatan daripada pencuri “WiFI” <<

Keselamatan daripada pencuri WiFi, disebabkan teknologi WiFi menghantar data berasaskan medium komunikasi cahaya, ini bermakna maklumat atau data selamat di dalam rumah anda. Anda mempunyai hak untuk mengawal siapa yang boleh mempunyai akses kepada rangkaian anda secara fizikal. Konsepnya sangat mudah, cahaya tidak boleh melepasi dinding atau pintu, jadi anda mampu mengawal siapa yang berhak menggunakan rangkaian anda. WiFi pula… Kadang kadang jiran sebelah rumah anda boleh mencuri WiFi anda.

>> infrastruktur yang lebih pintar <<

Kenderaan pandu sendiri yang bakal memenuhi jalan di masa hadapan akan menjadi lebih selamat jika berkomunikasi menggunakan infrastruktur berasaskan teknologi LiFi di mana ianya berkomunikasi menggunakan LED untuk menghantar data semasa di atas jalan. Infrastruktur jalan seperti lampu isyarat dan lampu jalan boleh berkomunikasi dengan kereta. Lampu isyarat boleh memberitahu kereta pandu sendiri bila lampu menjadi merah dan sebagainya, lampu jalan boleh manghantar data memberitahu masa samaada tengahari atau malam, waktu puncak atau tidak. Manakala kereta sesama kereta juga boleh berinteraksi dengan menghantar isyarat amaran brek yang boleh diproses oleh kenderaan lain.

Jika di dalam sektor penerbangan pula, teknologi LiFi boleh digunakan tanpa menyebabkan gangguan elektromagnetik, ini bermaksud anda boleh menghantar data serta berkomunikasi ketika di dalam kapal terbang. Contoh lain adalah komunikasi yang pantas boleh dilakukan di dalam air juga. PureLiFi adalah antara syarikat yang memandu teknologi ini ke pasaran realiti dan pertumbuhannya amat meyakinkan. Tak sabar menanti, infrastruktur ….

>> komunikasi internet yang laju semakin hampir dengan kita <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini