Raspberry Pi kini mendatangkan kamera berkualiti tinggi berasaskan sensor Sony IMX477 12.3 megapiksel. Modul ini direka supaya bersesuaian dipasang dengan lensa jenis C-Mount dan CS-Mount. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Raspberry Pi kini mendatangkan kamera berkualiti tinggi berasaskan sensor Sony IMX477 12.3 megapiksel. Modul ini direka supaya bersesuaian dipasang dengan lensa jenis C-Mount dan CS-Mount.

>> Lensa yang boleh ditukar ganti <<

Kamera berkualiti tinggi untuk Raspberry Pi ini direka supaya bersesuaian dipasang dengan lensa jenis C-Mount dan CS-Mount. Lensa CGL 6mm CS-mount dan 16mm C-mount adalah contoh produk pihak ketiga yang serasi dengan kamera berkualiti tinggi untuk Raspberry Pi ini.

>> Perbandingan spesifikasi antara kamera raspberry pi <<

  Modul Kamera v1 Modul Kamera v2 Kamera HQ

Resolusi

5 Megapiksel 8 Megapiksel 12.3MP

Sensor

OmniVision OV5647 Sony IMX219 Sony IMX477

Resolusi sensor

2592 × 1944 piksel 3280 × 2464 piksel 4056 x 3040 piksel

Saiz piksel

1.4 µm × 1.4 µm 1.12 µm x 1.12 µm 1.55 µm x 1.55 µm

Walaubagaimanapun, kami merasakan berbezaan yang ketara modul Kamera HQ ini adalah bukan pada spesifikasi seperti resolusi nya yang meningkat tetapi lebih kepada keupayaannya untuk dipadankan dengan lensa C-Mount dan CS-Mount pihak ketiga yang lain. Sekaligus mampu memberi kelainan pada gambar yang dihasilkan.

Di bawah merupakan antara gambar close-up yang ditangkap oleh modul kamera HQ ini.

Di bawah pula adalah gambar King’s College Chapel yang ditangkap oleh pemilik instagram yang bernama fiacremuller.

>> Tak sabar nak cuba <<

* Kami masih belum menjual modul kemera HQ di atas di kedai kami 🙂

Kunjungi sekarang kedai Raspberry Pi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini