MICRO:BIT boleh diprogramkan untuk melakukan perkara perkara yang berbeza seperti menjadi jam tangan digital atau konsol permainan. Menarik bukan? Ianya mungkin boleh dijadikan apa sahaja yang terlintas di fikiran kita. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Apa itu sebenarnya MICRO:BIT ini dan bagaimana ia berfungsi serta apa yang boleh dilakukannya? Jom kita kupas serba sedikit tentang MICRO:BIT ini.

>> Pengenalan <<

MICRO:BIT adalah papan elektronik berteknologi dan bersaiz kecil. Papan elektronik MICRO:BIT ini perlu diprogramkan bagi membolehkannya melakukan sesuatu yang menarik.

Papan elektronik MICRO:BIT lebih kepada seperti sebiji komputer kecil yang bersaiz poket. Ianya direka dan dibangunkan bagi mendorong anak-anak kecil untuk belajar kemahiran pengkodan dan pengaturcaraan asas. Ini tidak lain adalah bagi mempersiapkan anak-anak kecil bagi menghadapi dunia teknologi yang kian pesat membangun.

MICRO:BIT boleh diprogramkan untuk melakukan perkara perkara yang berbeza seperti menjadi jam tangan digital atau konsol permainan. Menarik bukan? Ianya mungkin boleh dijadikan apa sahaja yang terlintas di fikiran kita.

Papan MICRO:BIT ini direka mempunyai 25 lampu LED dan dua butang tekan yang boleh diprogramkan. Lampu LED dan butang tekan ini sangat berguna sebagai contoh jika kanak-kanak ingin membangunkan program berasaskan permainan atau program berasaskan muzik.

Selain itu, papan MICRO:BIT ini juga dilengkapi dengan kompas elektronik yang boleh mengesan arah. Banyak aplikasi yang boleh dilakukan dengan kompas elektronik ini kan!

Untuk memprogramkan papan elektronik MICRO:BIT ini, kanak-kanak hanya perlu menyambungkannya ke komputer mereka dan menyusun beberapa kod blok mudah untuk membuat aplikasi yang mereka mahukan.

Kod kod MICRO:BIT ini dibangunkan berasaskan blok blok mudah yang perlu disusun. Cara untuk menulis kod pada papan elektronik MICRO:BIT ini telah dipermudahkan dengan harapan supaya kemahiran sains komputer dapat diterapkan pada usia kanak-kanak.

>> Apa yang anda boleh reka dengan MICRO:BIT ini ? <<

Fesyen – Mereka cipta jam tangan digital atau aksesori aksesori hiasan lain yang dapat memaparkan waktu, corak atau mesej yang tersendiri.

Kecergasan – Mereka cipta satu alat DIY yang boleh menghitung langkah anda berjalan.

Permainan – Membina permainan telefon bimbit retro yang disukai semua orang seperti Snake atau mungkin anda mempunyai idea permainan anda sendiri. Anda juga bole cuba untuk membina papan skor atau pengira masa untuk apa apa permainan.

Muzik – Sambungkan MICRO:BIT ke telefon anda bagi membolehkan kawalan muzik dilakukan atau gunakan buah buahan seperti pisang sebagai papan piano muzik anda.

Memasak – Mereka cipta pengira masa digital untuk merebus telur atau pasangkan MICRO:BIT ke sensor suhu dalam mendapatkan suhu yang paling sesuai ketika memasak kek kegemaran anda.

Rumah & halaman – Letakkan sensor di dalam tanah dan sambungkan ke papan elektronik MICRO:BIT. Paparkan senyuman ketika tanah di dalam keadaan lembap dan wajah muram ketika tanah di dalam keadaan kering.

>> SELAMAT MENEROKA DUNIA MICRO:BIT <<

Kunjungi sekarang kedai Elektronik Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini