Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Apa yang harus digunakan untuk IoT, adakah Bluetooth, atau Wi-Fi atau mungkin LoRa? Atau adakah lebih baik menggunakan peranti atau modul 5G dan NB-IoT?

Persoalan ini menimbulkan kekeliruan dan melambatkan proses penambahan ciri ciri internet kebendaan (IoT, Internet of Things) kepada peranti peranti sedia ada.

>> faktor yang mempengaruhi pemilihan teknologi radio <<

Telefon pintar kita selalunya akan mempunyai tiga jenis teknologi radio iaitu 4G, Wi-Fi, dan Bluetooth. Pemilihan teknologi ini sangat barkait rapat dengan psikologi atau bagaimana manusia melihat ruang privasi mereka.

  • Jarak Capaian (sejauh mana jarak capaian maksimum peranti dari stesen pangkalan seperti menara, router atau hotspot)
  • Kadar Caj Data (dari panggilan suara sehinggalah menonton video)
  • Hayat bateri (semakin lama, semakin baik!)
  • Pemilihan teknologi radio di dalam satu peranti (lebih banyak lebih mahal)

>> pemilihan teknologi radio pada peranti kecil <<

Untuk mempunyai ketiga tiga teknologi utama ke dalam peranti murah bukanlah sesuatu yang kos efektif. Pemilihan teknologi yang bersesuaian untuk peranti murah kita perlulah bersesuaian dengan faktor faktor yang disebut sebelum ini.

Radio Bluetooth (mempunyai jarak capaian yang dekat) biasanya digunakan untuk ruang peribadi, Wi-Fi pula untuk ruang tertutup (seperti dalam rumah), manakala 3G atau 4G dan tidak lama lagi 5G sesuai untuk ruang awam.

>> Memperluas konsep kepada piawaian IoT <<

Mari kita memperluaskan konsep dan faktor faktor yang dibincangkan sebelum ini kepada piawaian IoT. Setakat ini, kita sudah diterangakn dengan konsep tiga radio di dalam telefon pintar kita dan “ruang” yang sesuai dengannya.

Internet kebendaan (IoT) pula sering dikaitkan dengan peranti berkuasa rendah (low power device) yang mana hanya memerlukan kuasa yang rendah untuk beroperasi. Jadi bagaimana teknologi radio ingin dikaitkan dengan peranti internet kebendaan berkuasa rendah.

>> peranti berkuasa rendah <<

Tumpuan utama peranti berkuasa rendah adalah pada hayat bateri yang panjang dan jarak capaian yang diperlukan, bukan pada kadar pertukaran data yang tinggi.

Biasanya, peranti berkuasa rendah digunakan untuk menyambungkan peranti (sebagai contoh, sensor) ke internet (IoT) untuk tujuan menghantar data sensor, dan kadar data yang diperlukan untuk ini adalah dalam kadar yang sangat rendah (beberapa kb untuk setiap jam).

>> hubungkait teknologi radio dan iot <<

Peranti berkuasa rendah sesuai untuk digandingkan dengan teknologi radio yang disebut sebelum ini untuk membolehkan peranti internet kebendaan berkuasa rendah direalisasikan.

  • Peranti ruang peribadi: Bluetooth berkuasa rendah (kadangkala dipanggil BLE untuk Bluetooth Low Energy).
  • Peranti ruang tertutup (seperti rumah, pejabat atau hotspot): Zigbee (IEEE 802.15.4), yang pada asasnya adalah piawai Wi-Fi berkuasa rendah.
  • Peranti ruang awam: NB-IoT atau Cat-X yang mana sebahagian daripada 4G atau 5G.

Gambar pecahan teknologi radio yang dipermudahkan dan diserasikan dengan internet kebendaan.

>> contoh aplikasi <<

Komunikasi BLE (bluetooth berkuasa rendah) : 3 sensor kebakaran (hanya mempunyai BLE) di dalam rumah disambungkan kepada 1 Hub (mempunyai BLE dan Zigbee)

Komunikasi BLE (bluetooth berkuasa rendah) : 2 sensor suhu (hanya mempunyai BLE) di dalam rumah disambungkan kepada 1 Hub (mempunyai BLE dan Zigbee)

*Nota kaki : Penggunaan BLE membolehkan komunikasi yang lebih privasi hanya di dalam kawasan rumah (komunikasi titik kepada titik) manakala penggunaan kuasa rendah membolehkan sensor beroperasi lebih dari setahun tanpa menukar bateri.

Komunikasi Zigbee (Wi-Fi berkuasa rendah) : 2 hub yang menerima data sensor tadi disambungkan ke Hub Wi-Fi utama.

*Nota kaki : 3 sensor kebakaran dan 2 sensor suhu (jika mereka mempunyai sambungan Wi-Fi) tidak disambungkan terus ke Hub Wi-Fi utama bagi mengelakkan kesesakan bilangan maksimum penggunaan.

>> peranti internet kebendaan berkuasa rendah <<

Baca lebih lanjut tentang teknologi sains di Rekod Terbaru Untuk Suhu Bahan Superkonduktor.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini