Point Nemo yang berada di bawah Lautan Pasifik, kawasan ini terletak di antara New Zealand dan Amerika Selatan. Semestinya tempat ini adalah lokasi yang sangat jauh dari daratan dan menjadi kubur terbesar bagi menempatkan ratusan kapal angkasa yang sudah tidak digunakan lagi. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> kubur di dalam air <<

Point Nemo yang berada di bawah Lautan Pasifik, kawasan ini terletak di antara New Zealand dan Amerika Selatan. Semestinya tempat ini adalah lokasi yang sangat jauh dari daratan dan menjadi kubur terbesar bagi menempatkan ratusan kapal angkasa yang sudah tidak digunakan lagi.

Kapal angkasa Jules Verne ATV berpecah kepada beberapa bahagian menjadi bebola api semasa memasuki lapisan atmosfera bumi pada 29 September 2008

Rangka rangka kapal angkasa kebanyakan sudah pecah kepada beberapa keping semasa turun dari angkasa ke Point Nemo ini. Sejarah setiap rangka kapal angkasa ini adalah pelbagai, dulunya mungkin pernah menjadi satelit yang dibanggakan negara ciptaannya, roket yang gagah dilihat pelancarannya oleh ribuaan orang, stesen angkasa yang dilawati oleh ratusan angkasawan, serta kapal angkasa yang hebat menembusi orbit bumi. Mereka yang bertanggungjawab terhadap kapal kapal angkasa ini akan berhati-hati mengarahkannya ke tapak perkuburan Kapal Angkasa, selalunya ketika detik detik sebelum ianya hampir kehabisan bahan api.

>> kawasan periuk api angkasa <<

Ilustrasi objek angkasa di ruang atmosfera bumi (objek angkasa adalah tidak mengikut skala sebenar). Baca lebih lanjut di Wira Angkasa Yang Dilupai – Kesesakan Ruang Angkasa Bumi.

Sekiranya kapal angkasa seperti satelit dibiarkan di orbit selepas kehabisan minyak atau selepas tamat tempoh perkhidmatannya, ianya sangat berbahaya kerana akan terapung apung di orbit tanpa kawalan dan pantauan. Untuk mengelakkan pertembungan, beratus-ratus kapal angkasa telah dihantar ke Point Nemo sejak tahun 1971.

Negara-negara yang sering melancarkan roket ke orbit telah belajar yang apabila mereka meninggalkan sesuatu di orbit, ianya akan menghasilkan risiko kepada kapal kapal angkasa mereka sendiri. Kapal kapal angkasa serta serpihan serpihan kapal angkasa ini boleh wujud kekal di orbit selama beratus-ratus tahun jika ianya tidak diuruskan ke tempat yang sepatutnya.

>> proses penurunan yang panas akibat geseran <<

Kapal angkasa yang kecil akan hangus terbakar ketika proses memasuki semula atmosfera bumi. Walaubagaimanapun, kapal angkasa seperti stesen angkasa perlu diturunkan dengan berhati-hati supaya mereka tidak mendarat di penempatan manusia atau bertembung dengan apa apa semasa proses penurunan.

Kapal kapal angkasa yang akan diturunkan kelak usai perkhidmatannya bakal bergabung dengan kira kira 300 kapal angkasa lain yang sudah berkubur di Point Nemo ini.

Baca lebih lanjut tentang angkasa lepas di Alamak, Berita Buruk Dari Marikh… Sinaran Kosmik Yang Berbahaya Akan Membunuh Angkasawan.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini