Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Baru baru ini, Google telah berkongsi hasil penyelidikan mereka yang bernilai jutaan ringgit di dalam jurnal Nature. Para penyelidik akhirnya membuat kesimpulan yang gabungan atom tidak boleh dilakukan pada suhu bilik.

>> gabungan nuklear <<

Gabungan nuklear berlaku apabila dua nukleus atom bergabung menjadi satu. Gabungan ini mampu menghasilkan kuantiti tenaga yang amat besar. Proses gabungan nuklear adalah proses yang berlaku di dalam Matahari dan bintang bintang lain yang mana membolehkan bintang terus hidup serta membakar. Jika kita dapat mencari jalan untuk memanfaatkannya, gabungan atom dapat memanfaatkan kita dengan bekalan tenaga yang tiada batasan (sangat banyak).

>> masalah gabungan atom <<

Teorinya kedengaran menarik, dengan menggabungkan dua atom kita dapat menghasilkan tenaga yang tiada batasan. Walau bagaimanapun, masalahnya adalah proses gabungan yang rumit di mana para saintis masil lagi tercari cari cara yang stabil atau lebih efektif. Setakat ini, proses yang digunakan membelanjakan lebih banyak “tenaga” daripada tenaga yang dihasilkan.

Projek Google dan Tri Alpha Energy di dalam meningkatkan kecekapan proses gabungan nuklear.

>> gabungan nuklear pada suhu bilik <<

Proses gabungan atom selalunya menghasilkan suhu yang sangat tinggi. Pada tahun 1989, sepasang saintis mendakwa mereka telah berjaya menerokai gabungan sejuk. Ini sekaligus membawa harapan kepada dunia penyelidikan yang tenaga hasil dari gabungan atom yang lebih selamat dan murah kini berada dalam capaian akal manusia.

>> malangnya … <<

Ahli kimia Martin Fleischmann (gambar dengan ahli politik AS Marilyn Lloyd) adalah sebahagian daripada pasukan penyelidik yang mendakwa telah menghasilkan gabungan sejuk pada tahun 1989

Malangnya, penyelidikan mereka kemudian dikatakan terdedah kepada kepalsuan atau kekurangan (idea atau kepercayaan).

>> namun… <<

Namun, impian gabungan sejuk terus hidup tercatat di dalam sejarah. Pada tahun 2015, Google memutuskan untuk melabur di dalam teknologi ini.

Google memberikan 10 juta dollar kepada kira-kira 30 penyelidik makmal serata dunia bagi mengkaji semula tiga eksperimen yang dicadangkan atau berkaitan dengan gabungan sejuk.

>> Setelah lebih 3 tahun … <<

Para penyelidik telah menerbitkan banyak kertas penyelidikan pada setiap tahun. baru baru ini, satu kertas penyelidikan di dalam jurnal Nature telah menyimpulkan penemuan penyelidikan yang dibiyai Google terhadap gabungan sejuk dengan “tidak ada bukti apa pun” fenomena itu wujud.

>> tidak ada bukti apa pun <<

Baca lebih lanjut tentang teknologi robot di Projek Terminator Skynet Kini Dimulakan – AI Artificial Intelligence.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini