Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

>> Projek jet pejuang ketenteraan yang dilengkapi ai <<

Skyborg (nama ala ala Skynet dalam filem Terminator) adalah nama projek Artificial Intelligence angkatan tentera udara U.S. yang terbaru dilancarkan yang mana objektif nya adalah untuk mencipta pesawat terbang dan jet tempur yang mampu berfikir secara pintar kelak.

>> Navigasi automatik <<

Sebelum tercapainya objektif utama projek Skyborg (jet tempur pintar), angkatan tentera udara U.S. menjangkakan sistem AI Skyborg ini mampu membantu juruterbang manusia dalam membuat keputusan yang rumit dan kompleks semasa misi seperti memberitahu juruterbang apa yang berlaku di sekitarnya dan dengan cepat mencadangkan tindakan susulan yang perlu diambil. Angkatan tentera udara U.S. menjangkakan objektif awal ini diaplikasikan kepada penerbangan drone pada tahun 2021 dan pesawat pejuang pada tahun 2023.

>> The Judgment Day <<

The Judgment Day merupakan tajuk kepada filem Terminator yang kedua yang memaparkan robot AI jahat model T-1000 yang kembali ke zaman silam ditugaskan untuk membunuh John Connor…. Kedengaran amat menakutkan teknologi AI ini. Oleh itu, tentera udara U.S. telah menetapkan beberapa keperluan khusus dahulu untuk mana-mana kontraktor yang ingin terlibat dalam membina Skyborg. Robot AI Skyborg haruslah boleh menaikkan dan mendaratkan pesawat ke udara secara automatik dan mempunyai perisian terbuka yang membolehkan para jurutera lain kelak menaik taraf kemampuan Skyborg sekiranya diperlukan. Maka selamatlah ia daripda menjadi Skynet yang jahat.

Tentera udara U.S. menetapkan supaya produk siap dibangunkan dan bukannya sekadar prototaip. Selain itu, pesawat AI yang ingin dibangunkan ini haruslah seimbang diantara keupayaan dan harganya. Matlamat disebalik ini adalah untuk menjadikan Skyborg sebagai projek yang praktikal.

>> Projek ai ketenteraan <<

Skyborg bukanlah sistem AI ketenteraan yang pertama dibina di Amerika Syarikat, sebagai contoh tentera laut mereka lebih awal mengusahakan kapal pejuang laut pintar. Di United Kingdom juga sedang membina pesawat pesawat pejuang AI yang dikendalikan mereka sendiri. Rusia juga tidak ketinggalan dengan melancarkan kereta kebal separa automatik mereka yang baru.

Baca lebih lanjut tentang teknologi robot di Robot Obor Obor Meneroka Dunia Terumbu Karang.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini