Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> 50 darjah Celcius mendekati kepada suhu bilik <<

Pasukan saintis antarabangsa telah berjaya menghasilkan superkonduktor daripada kompaun lanthanum superhydride pada suhu -23 darjah Celcius. Rekod terdahulu pada tahun 2015, penemuan transaksi kepada superkonduktor bagi kompaun hydrogen sulfide berlaku pada suhu -70 darjah celcius.

>> apa itu superkonduktor <<

Superkonduktor pertama kali ditemui pada tahun 1911. Ianya adalah kompaun sifar rintangan yang boleh mengalirkan tenaga elektrik.

Kabel tembaga yang digunakan sekarang mempunyai rintangan yang menyumbang kepada kehilangan tenaga.

Disebabkan tiada tenaga yang hilang semasa melaluinya, superkonduktor membolehkan kita memanfaatkannya sebagai agen pengedar tenaga elektrik yang sangat efektif. Sebagai contoh, tenaga elektrik yang dihasilkan dari ladang solar UiTM di Gambang Pahang boleh dihantar ke seluruh Semenanjung Malaysia tanpa berlakunya apa-apa pembaziran elektrik. Dalam erti kata lain, beberapa stesen peningkatan dan penurunan voltan dapat dijimatkan.

>> masalahnya <<

Masalahnya ialah para saintis masih belum menemui bahan superkonduktor yang praktikal. Superkonduktor yang ditemui setakat ini memerlukan ciri ciri yang melampau (sukar dicapai dan dikekalkan) seperti suhu sejuk beku dan tekanan yang sangat tinggi.

>> pemburuan superkonduktor <<

Para saintis di seluruh dunia di dalam bidang ini giat memburu sebuah formula superkonduktor yang mampu berfungsi pada suhu bilik. Walaupun kajian terbaru ini belum membolehkan superkonduktor beroperasi pada suhu bilik, suhu -23 darjah celcius merupakan satu lonjakkan yang besar dalam bidang ini.

Gambar bahan superkonduktor lanthanum superhydride yang dilihat menggunakan sinaran X-ray untuk mengkaji strukturnya.

>> penyelidikan akan diteruskan … <<

Baca lebih lanjut tentang teknologi sains di Projek Google Yang Kecundang – Gabungan Sejuk Yang Bernilai 10 Juta Dollar.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini