Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

>> siapa yang anda rasa akan menang ??? <<

Robot AI (Artificial Intelligence) dikalahkan. Robot AI tidak dapat mengalahkan pasukan pemain profesional di DOTA 2, tetapi boleh dikatakan robot AI mampu bertahan di dalam permainan ini. Telah dibuktikan yang robot AI mampu mengalahkan manusia di dalam permainan seperti catur dan poker tetapi untuk permainan strategi seperti DOTA 2 di mana cara bermain atau strategi pihak lawan boleh berubah dengan sekelip mata, robot AI masih tidak mampu menang berlawan dengan pasukan peemain profesional. Mungkin nanti di masa hadapan apabila robot AI lebih cerdik, robot AI boleh menang di dalam permainan yang bersifat begini.

Anak muda mana yang tak pernah dengar tentang DOTA, walaupun tidak pernah bermain tetapi mereka tentu pernah mendengar kawan kawan mereka bermain atau bercakap tentang permainan ini. Permainan ini menjadi amat popular abad ini sehinggakan terdapat penganjuran perlawanan antarabangsa untuk permainan ini. Semasa kejohanan, kumpulan penyelidik OpenAI (kumpulan penyelidik yang co-founded oleh Elon Musk) membina OpenAI Five iaitu sebuah pasukan yang terdiri daripada lima robot AI bermain melawan pasukan pemain profesional DOTA 2. Ianya satu pertandingan yang menarik, walau bagaimanapun pasukan paiN Gaming dan all-star dari China mengalahkan pasukan robot AI dengan hanya dua perlawanan.

>> robot ai tidaklah terlalu lemah atau lembab <<

Pada bulan Jun yang lepas, robot OpenAI Five telah mengalahkan satu pasukan yang dianggotai lima pemain amatur lelaki di DOTA 2. Walaubagaimanapun, permainan berlawan dengan para profesional kali ini sedikit berbeza, beberapa peraturan diubah. Kebiasaanya, setiap robot AI mempunyai courier yang tersendiri dan ianya merupakan komponen utama dalam permainan yang memberikan bekalan kepada para pemain. Untuk pertandingan antarabangsa kali ini, setiap pasukan hanya mempunyai satu courier untuk dikongsi dan OpenAI Five perlu menyesuaikan diri dengan peraturan ini beberapa hari sebelum perlawanan. Munkin tak cukup masa untuk belajar menyesuaikan diri! Selain itu, pemain tidak dapat memilih wira sendiri, juri juri DOTA 2 akan memilih watak-watak wira untuk setiap pemain dalam kejohanan ini tidak kira pada pihak manusia atau robot AI.

>> Robot ai mampu bertahan <<

Walaupun pemenangnya adalah kita spesies manusia dan bukannya robot, tapi OpenAI Five boleh dipuji kerana mampu bertahan bagi setiap perlawanan yang mana berlangsung diantara 45 dan 51 minit. Ianya bukanlah suatu permainan yang membosankan di mana manusia menang tanpa perlu berusaha. Dengan sedikit lagi masa diperlukan untuk menyesuaikan diri, pasukan robot AI mungkin boleh beraksi lebih baik. Buat masa ini, para penyelidik OpenAI merancang untuk terus memperbaiki robot AI mereka supaya ianya lebih bersedia dalam perlawanan seterusnya.

>> Robot ai akan kembali membawa kemenangan <<

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini