Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

>> OBOR OBOR sesuatu yang menakjubkan <<

Obor-obor berenang di lautan seperti drone di angkasa, dengan mudahnya ke sana ke sini. Sifat semulajadi mereka yang lembut dan pergerakkanya yang unik membolehkan jurutera robot mengkaji tentangnya. Lalu mencipta robot yang boleh berenang dan pada masa yang sama melalui ruang yang sempit, memeriksa tahap kualiti air laut, dan mungkin meneroka salur darah manusia.

Baru baru ini satu pasukan penyelidikan di Florida Atlantic University telah memperkenalkan robot yang baru dibina mereka berfungsi dalam memantau kehidupan marin dan habitat laut. Kebiasaanya, robot dibina daripada besi atau plastik keras dan wayar. Sebaliknya robot obor obor ini dibina menggunakan komponen lembut untuk kedua-dua badan dan kakinya. Oleh itu, ianya tidak akan merosakkan ekosistem halus dan lembut di laut seperti batu karang dan kawasan sekelilingya yang amat sensitif.

Robot obor-obor ini menggunakan dua motor pam untuk mengembangkan lapan kakinya yang juga mengawal pergerakan ke kanan dan ke kiri. Motor pam tersebut dikuasai oleh bateri 3V. Di samping itu, robot obor obor ini juga dilengkapi dengan papan litar elektronik kecil bagi mengawal corak motor pam berfungsi serta mengawal beberapa sensor lain seperti sensor suhu.

Menariknya, robot obor obor ini direka untuk boleh berenang melalui lubang yang lebih kecil daripada saiz maksimum badannya. Pasukan penelidik menguji robot obor obor ini di dalam akuarium dan juga kolam renang untuk berenang melalui lubang-lubang kecil yang dipotong bulat. Ianya hanya satu permulaan dalam meneroka cabaran di laut yang lebih ekstrem.

>> mungkin anda juga mampu membinanya <<

Baca lebih banyak tentang teknologi laut diĀ Origami Pokeball Alat Penangkap Yang Mesra Hidupan Laut.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
019 – 249 3264

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini