Oleh Airil Hafiz dalam Berita Teknologi

>> Mochibot <<

Robot sfera yang mempunyai 32 kaki bergerak seperti Amoeba. Sekiranya anda tak tahu apa itu amoeba, ianya adalah sejenis organisma kecil yang tak dapat dilihat dengan mata kasar kita.

Lakaran Amoeba Yang Biasa Terdapat Dalam Buku Rujukan Sekolah Menengah

Sekumpulan pasukan penyelidik yang berpusat di Tokyo telah mempersembahkan ciptaan robot sfera mereka di International Conference on Intelligent Robots and Systems pada 3 Oktober 2018 yang lepas. Robot sfera ini dikenali dengan nama Mochibot. Setiap satu kaki Mochibot yang jumlahnya adalah 32 kaki tersebut dapat dipanjangkan sehingga kira kira 39 inci dan boleh dipendekkan sehingga sekitar 10 inci.

Untuk bergerak ke satu satu arah, Mochibot hanya perlu menarik atau memanjangkan kakinya sahaja sambil menolak permukaan. Selebihnya, tenaga graviti akan memainkan peranan untuk membuatkan Mochibot berpusing ke arah yang dikehendakinya. Jika Mochibot ingin berhenti, ia akan mendatarkan kakinya yang berada di bahagian bawah (dekat dengan permukaan bawah). Susah untuk menerangkan bagaimana Mochibot bergerak, ayuh kita saksikan video Mochibot.

>> Video Mochibot bergerak <<

Reka bentuk Mochibot ini mungkin kelihatan pelik, tetapi sebenarnya ianya mempunyai beberapa ciri keistimewaan. Sebagai contoh jika salah satu daripada kaki Mochibot patah, ia masih mempunyai 31 kaki yang lain untuk bergerak. Teras dan kaki Mochibot juga boleh diletakkan sejumlah kamera atau sensor bagi tujuan merekodkan keadaan sekelilingnya. Akhir sekali, kerana panjang setiap kaki Mochibot boleh dilaraskan, ini membolehkan Mochibot mengekalkan kedudukannya pada permukaan yang tidak rata seperti bergerak di atas runtuhan bangunan runtuh atau landskap berbatu di planet asing atau di atas bulan mungkin.

>> Mochi mochi… Mochibot <<

Baca artikel lain yang berkaitan dengan Robot di Kejayaan Industri 4.0 – Bermula Dari Si Cilik Dan Pendidikan STEM.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini