Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

>> Big falcon Rocket <<

Big Falcon Rocket atau nama pendeknya BFR iaitu sebuah kapal angkasa yang besar direka untuk mengangkut objek sebesar satelit ke orbit Bumi dan melangkau orbit Bumi. Semestinya ia akan menuju mengelilingi bulan dan seterusnya meneruskan misi penjelajahan ke planet Marikh. Baru baru ini SpaceX telah melancarkan gambar penampilan baru Big Falcon Rocket, beberapa keping gambar artistik yang kelihatan sangat hebat dan mengujakan.

Di samping berkongsi gambar artistik Big Falcon Rocket, Elon Musk juga ada menjawab beberapa soalan mengenai gambar artistik tersebut di Twitter beliau. Antaranya adalah mengenai bahagian pada hidung roket yang dikenali sebagai forward moving wing. Walau bagaimanapun, Elon Musk juga ada menyebut yang gambar artistik tersebut tidaklah menunjukkan keseluruhan fungsi Big Falcon Rocket.

>> Bulan, marikh dan sisi dunia yang belum lagi dijelajahi <<

SpaceX mempunyai rancangan besar untuk Big Falcon Rocket sebaik sahaja ia bersedia untuk terbang. Big Falcon Rocket bukan sahaja direka untuk mengangkut orang ke planet Marikh, tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai sistem pengangkutan berkelajuan tinggi di sini Bumi. Ianya bakal menggantikan kapal terbang untuk perjalanan jauh dengan membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi lain kurang daripada satu jam.

SpaceX juga mengumumkan bahawa seseorang hartawan dari jepun telah bersetuju untuk menjadi penumpang komersil pertama Big Falcon Rocket dengan penerbangan mengelilingi Bulan. Semestinya penumpang tersebut membayar untuk menaiki roket komersial tersebut, ianya bukan percuma. Hartawan tersebut juga bercadang untuk membawa bersama samanya beberapa orang artis.

Jom mengEksplorasi ke angakasa lagi di Wira Angkasa Yang Dilupai – Kesesakan Ruang Angkasa Bumi

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini