Salah satu satelit Starlink SpaceX telah didapati untuk mempunyai keberangkalian 1 dalam 1,000 untuk bertembung dengan Aeolus Earth Observation Satellite milik ESA. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Satelit Dari Eropah Terpaksa Menujah Ke Tepi Bagi Mengelak Berlanggar Dengan Satellite SpaceX.

>> Pengenalan <<

Baru baru ini, Agensi Angkasa Eropah (ESA) terpaksa mengarahkan salah satu setelitnya untuk mengelak daripada bertembung dengan salah satu satelit Starlink milik SpaceX.

Salah satu satelit Starlink SpaceX telah didapati untuk mempunyai keberangkalian 1 dalam 1,000 untuk bertembung dengan Aeolus Earth Observation Satellite milik ESA. Mengecewakan bagi ESA, SpaceX hanya membalas melalui e-mel bahawa mereka tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan bagi mencegah perlanggaran tersebut tanpa memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenainya kepada pihak ESA.

Ilustrasi Rangkaian Satelit Starlink SpaceX

Ini menyebabkan pihak ESA terpaksa mangambil keputusan untuk mengawal satelitnya yang bernilai 560 juta dollar melakukan pengelakkan daripada terus berada dalam posisi yang mempunyai keberangkalian untuk bertembung dengan satelit Starlink milik SpaceX. Ini juga menimbulkan kemungkinan yang pergerakkan serupa mungkin perlu dilakukan pada masa depan dengan lebih kerap.

Ini kerana rangkaian satelit Starlink milik SpaceX kini hanya dalam bilangan kurang daripada 60 satelit. Kelak SpaceX akan melancarkan lebih daripada 12,000 satelit dan ini akan sekaligus meningkatkan risiko terhadap satelit yang perlu dikawal secara manual seperti satelit Aeolus Earth Observation.

Aeolus Earth Observation Satellite Milik ESA

Keputusan yang diambil SpaceX ini munkin disebabkan satelit Starlink mereka yang sudah dilengkapi dengan sistem penghindaran pelanggaran automatik. Reaksi SpaceX menunjukkan SpaceX lebih kepada mengambil langkah untuk melihat sama ada sistem yang dipasang tersebut…

>> berfungsi seperti yang diharapkan atau tidak <<

Walaubagai manapun, pihak ESA tidak akan sanggup mengambil risiko bagi membahayakan satelit mereka yang bernilai 560 juta dollar terhadap sistem penghindaran pelanggaran automatik SpaceX.

Baca lebih lanjut tentang angkasa lepas di Zon Periuk Api Angkasa Dan Projek Satelit Starlink Milik SpaceX.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini