Oleh Airil Hafiz dalam Berita Teknologi

>> SIAPAKAH t-1000 ??? <<

Robot T-1000 adalah watak antagonis utama dalam filem Terminator 2 Judgment Day. T-1000 yang digambarkan dalam Terminator 2 adalah robot yang terdiri daripada logam cecair atau nanorobotics yang boleh dimanipulasikan kepada pelbagai bentuk. Kebolehan mengubah bentuk yang terdapat pada T-1000 membolehkan robot ini membentuk tangannya seperti besi tajam, melalui lubang lubang kecil dengan menukarkan badan logamnya kepada bentuk cecair, dan boleh memperbaharui (memperbaiki) dirinya dari kerosakan fizikal. Robot T-1000 juga mempunyai keupayaan untuk mengimbas struktur molekul lain lalu menjadi struktur molekul tersebut seperti meniru muka manusia lain. Hebatkan konsep logam yang boleh meniru bentuk seseuatu objek ini?

>> Berinspirasikan robot T-1000 <<

Sekumpulan penyelidik dari China dan Australia telah membuat penyelidikan tentang cecair logam. Robot T-1000 mempunyai satu keupayaan untuk mengubah bentuk dirinya (logam cecair) yang dirasakan pasukan penyelidikan sebagai satu ciri yang amat mengkagumkan. Tetapi apa yang dibina pasukan penyelidik ini tidaklah semaju robot T-1000, malahan teknologi Robot T-1000 adalah jauh lebih maju daripada apa yang mereka bina. Sekurang kurangnya ia dapat membuka jalan inovasi yang akan datang kepada teknologi logam cecair yang lebih sempurna.

>> hasil penyelidikkan diperincikan <<

Li Xiangpeng dan pasukan penyelidiknya memperincikan penyelidikan ini ke dalam satu kertas yang diterbitkan pada awal bulan oktober 2018 dalam journal Advanced Materials. Dalam kertas penyelidikan itu, robot mereka hanya mempunyai tiga bahagian iaitu roda plastik, logam cecair berasaskan galium, dan bateri litium kecil. Voltan dari bateri berfungsi untuk mengubah pusat graviti logam cecair dan menyebabkan robot berpusing ke satu arah.

>> Saya akan kembali <<

Walaupun keupayaan robot kecil ini mungkin masih jauh jika dibezakan dengan tahap teknologi yang dimiliki robot T-1000, tetapi penyelidik percaya bahawa data penciptaannya boleh dijadikan inspirasi untuk ke satu tahap yang lebih tinggi. Para penyelidik berhasrat untuk pergi lebih jauh ke dalam teknologi ini di suatu masa kelak.

Baca lagi tentang Inspirasi penciptaan robot di Eksperimen Mata Bionik – Satu Langkah Bagi Membolehkan Si Buta Melihat.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini