Boeing yang mana mungkin akan menjadi pencabar utama SpaceX di dalam penjelajahan angkasa baru sahaja gagal dalam misi angkasa nya yang pertama. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

Starliner, Kapal Angkasa Boeing Yang Pertama Gagal Untuk Berlabuh Di Stesen Angkasa Antarabangsa.

>> Pengenalan <<

Boeing yang mana mungkin akan menjadi pencabar utama SpaceX di dalam penjelajahan angkasa baru sahaja gagal dalam misi angkasa nya yang pertama.

Pada awalnya, pelancaran Starliner yang dijadualkan pada pagi Jumat tidak menampakkan sebarang masaalah. Kapal angkasa Starliner merupakan kapal angkasa yang direka untuk berfungsi secara automatik, boleh berlepas, mengendali diri nya sendiri serta mendarat secara automatik.

>> Kapal angkasa tanpa krew <<

Walau bagai manapun, kira-kira 30 minit selepas berlepas, Boeing dan NASA melaporkan bahawa kapal angkasa tersebut telah keluar dari orbitnya ke stesen angkasa. Hasil dari kesimpulan awal, ianya adalah berpunca daripada sistem automasi yang direka untuk berfungsi dengan ketepatan yang “terlalu tepat”.

Oleh sebab Starliner telah terkeluar dari orbitnya, Starliner tidak akan dapat berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa kali ini seperti yang dirancangkan. Walaupun telah terkeluar dari orbit asal, Starliner masih berada di laluan yang “selamat dan stabil”.

Seterusnya, Boeing dan NASA akan melakukan beberapa siri percubaan secara jauh sementara menunggu kapal angkasa tersebut melakukan pendaratan di padang pasir New Mexico seperti yang dirancang.

Baca lebih lanjut tentang teknologi terkini di Lelaki Bersayap Besi Terbang Selaju 350km Sejam.

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini