Oleh Adam Hairi dalam Berita Teknologi

>> Tesla mengeluarkan mod “Full Self-Driving” Dari Model 3 <<

Bolehkah kereta Tesla model seterusnya memandu dengan sendirinya dan sepenuhnya tanpa pemandu? Tidak lagi memerlukan sebarang pengawasan penumpang atau pamandu? Jika sebelum ini Tesla seringkali menjawab persoalan ini dengan jawapan yang tidak begitu jelas, sekarang peminat  atau penggemar kereta Tesla sudah mempunyai jawapannya. Laman sesawang untuk memesan kereta Tesla Model 3 tidak lagi memaparkan ciri “Pemanduan Automatik Sepenuhnya (Full Self-Driving)”. Ciri ini amat dinantikan oleh pelanggan serta penggemar kereta Tesla yang mana membolehkan pemandunya hanya perlu masuk ke dalam kereta Tesla dan memberitahu kereta Tesla untuk ke mana sahaja destinasi yang ingin dilawati.

>> potensi kerugian <<

Jika sebelum ini di laman sesawang Tesla memaparkan ciri “Pemanduan Automatik Sepenuhnya” pada kereta Tesla Model 3, dengan mengeluarkan ciri ini tentu akan mengecewakan bakal pembeli Tesla yang berpotensi samaada dari segi pembelian kereta ataupun pelaburan Tesla. Kebanyakkan negara mahupun orang perseorangan amat menginginkan serta bersifat terbuka terhadap teknologi pemanduan sendiri ini. Tidak lagi kedengaran yang akan ada negara yang menolaknya jika teknologi ini mampu berfungsi dengan efektif. Walaubagaimanapun secara teorinya, ia mampu dilakukan namun secara realitinya masik sukar atau masih belum di peringkat yang meyakinkan. Oleh itu, bilakah Tesla benar-benar dapat memandu dirinya (kereta) sendiri? Memang amat sukar untuk diramal.

>> Pemanduan yang Dipertingkatkan <<

Buat masa ini, apa yang tersedia untuk pelanggan Tesla adalah “Pemanduan yang Dipertingkatkan (Enhanced Autopilot)” sahaja. Ciri ini merangkumi pengawasan lorong serta penukaran lorong, pemantauan blind spot, meletak kereta secara automatik, dan juga sistem navigasi di persimpangan lebuh raya yang kompleks.

Mahu tidak mahu, Tesla terpaksa akur yang kehidupan manusia sedang dipertaruhkan di sini jika mod “Pemanduan Automatik Sepenuhnya” masik lagi ingin dilaksanakan secepat mungkin. Ia adalah perkara yang terbaik bagi CEO Tesla sekarang, Elon Musk dengan memutuskan untuk mengambil sesuatu pendekatan yang perlahan, dan tidak lagi menawarkan ciri pemanduan automatik sepenuhnya dalam masa terdekat.

Baca lagi berkenaan Kenderaan Darat di Hyperloop Pengangkutan Masa Hadapan – Gerakan Untuk Melahirkan Hyperloop Dilahirkan.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini