Oleh Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman dalam Berita Teknologi

Video di bawah menunjukkan hampir 20 ribu objek buatan manusia kini mengorbit bumi. Sebahagian daripadanya yang telah tidak beroperasi lagi merupakan wira yang dibanggakan oleh negara tempat lahirnya satu ketika masa dahulu. Kini ianya hanyalah sesuatu objek yang tidak bernilai terapung apung di angkasa. Simulasi dalam video di bawah yang dibuat oleh Dr Stuart Grey iaitu seorang pensyarah di University College London bersama sama Space Geodesy dan Navigation laboratory menunjukkan bagaimana jumlah objek buatan manusia di ruang angkasa bumi meningkat dari tahun 1957 hingga 2015. Simulasi ini dibuat menggunakan data yang diperoleh daripada organisasi space-track.

>> saksikan video simulasi di bawah <<

>> Pasukan pembersih untuk membersihkan objek objek yang tidak lagi berguna <<

Bumi memerlukan satu pasukan atau cara untuk membersihkan objek objek yang tidak digunakan ini lagi kerana telah terlalu banyak jumlahnya. Tapi bagaimana rupa pasukan pembersih ini? Pasukan pembersih ruang angkasa pertama mungkin adalah manusia yang memakai sut dan menembak hancur objek, satelit atau kapal angkasa yang tidak beroperasi lagi.

Ianya amat hebat sekali jika ada pekerjaan seperti gambar di atas, seseorang memakai sut angkasa dan kerjanya menembak satelit satelit lama. Pasukan pembersih ruang angkasa yang akan diceritakan adalah sebuah kapal angkasa yang akan membuang objek, satelit atau kapal angkasa yang tidak beroperasi lagi dari orbit bumi. Kapal angkasa pembersih ini dinamakan RemoveDebris yang akan membersihkan objek yang tidak berguna lagi. Ianya akan mengorbit bumi dalam jangka masa 10 minggu untuk proses percubaan serta dilengkapi dengan panah, navigasi berasaskan pemprosesan imej, dan layar. Permulaan bagi membuktikan bahawa kapal angkasa ini berfungsi, RemoveDEBRIS akan melancarkan dua satelit mini dan menjadikan mereka sebagai sasaran ujian.

RemoveDEBRIS menggunakan jaring untuk menangkap setelit mini.

Semasa RemoveDEBRIS di angkasa, ianya akan melakukan beberapa siri percubaan untuk memastikan kapal angkasa ini beroperasi seperti yang diharapkan. Ujian pertama adalah pelanjaran satelit mini kecil kira-kira 20 kaki jauhnya dan RemoveDEBRIS akan menggunakan jaring penangkapan gergasinya untuk menangkap satelit mini tersebut. Jika ujian ini berjaya, RemoveDEBRIS akan tinggal di orbit bumi lebih lama sehingga 100 minggu.

Ujian kedua akan menguji navigasi berasaskan pemprosesan imej di mana kamera 2D dan teknologi lidar 3D akan cuba menjejaki satelit mini kedua yang terapung apung di angkasa lepas.

RemoveDEBRIS : Navigasi berasaskan pemprosesan imej

Ujian ketiga pula akan menguji keupayaan panah dari kapal angkasa RemoveDEBRIS. Ia akan menembak sasaran bersaiz kecil. Akhirnya adalah menguji proses untuk mengembalikan kapal angkasa RemoveDEBRIS dari ruang angkasa bumi dengan melepaskan layar dan seterusnya akan melambatkan kelajuan dan membolehkannya kembali ke bumi.

>> Ruang angkasa tidaklah seperti yang disangkakan <<

Ruang angkasa bumi bukan seperti yang kita lihat  dengan mata kasar kita sekarang, terdapat sekurang-kurangnya 500 ribu objek yang terapung di ruang angkasa. Antaranya adalah satelit, roket, dan bahagian mekanikal lain yang telah lama tidak beroperasi lagi. Objek objek lama yang terapung apung ini mungkin akan menghalang misi ruang angkasa di masa depan. Nasib baik RemoveDEBRIS sudah dilancarkan pada bulan April yang lepas bagi menjalankan penilaian ke atas misi pembersihan ini. Ia sudah memulakan ujian bermula 20 Jun yang lepas, 10 minggu yang mendatang akan didedikasikan untuk menguji keberkesanan kapal angkasa pembersih ini. Apa pula idea anda untuk membersihkan ruang angkasa kita?

>> Adakah dengan menembak menggunakan meriam laser gergasi ke angkasa ??? <<

Jom mengEksplorasi ke angakasa lagi di  Eksplorasi Kepler – Teleskop Angkasa Yang Hampir Kehabisan Bahan Api

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini