Projek Starlink ini merupakan satu projek yang sangat berinspirasi atau kedengaran hebat di dunia teknologi. Satu projek yang akan menghubungkan setiap inci pelusuk dunia melalui internet, ini tidak terkecuali untuk kawalan luar bandar dan pedalaman. – Pengenalan –

Oleh Muhammad Ilyasaa dalam Berita Teknologi

Kami persembahkan bacaan di laman NADI Eleczone Solutions ini kepada para pelajar, mahasiswa dan peminat teknologi, demi kepentingan perkembangan ilmu teknologi ilmiah dan amaliah di Malaysia tercinta kita.
Semoga diberkahi dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala – Amin!

>> pengenalan <<

Projek satelit Starlink milik SpaceX mungkin menjadikan ruang angkasa bumi sebagai zon periuk api angkasa. Hari ini orbit Bumi adalah di antara kawasan yang sesak di mana hampir 2 ribu satelit masih aktif boleh dikawal, hampir 3 ribu satelit sudah tidak beroperasi tidak boleh dikawal dan 34 ribu serpihan maut mengorbit bumi tanpa kawalan. Kedengaran sesuatu yang menyeramkan untuk keluar dari bumi.

Ilustrasi objek angkasa yang mengorbit bumi (tidak termasuk satelit starlink milik spaceX) 

>> berhati-hati dengan setiap tindakan <<

Pada bulan Mei yang lepas, SpaceX telah melancarkan kumpulan pertama satelit Starlink mereka dan lebih banyak pelancaran akan dilakukan kelak. Objektif projek Starlink ini adalah untuk mewujudkan konsep gugusan bintang bintang tiruan yang bertujuan untuk menggerakkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi secara terus dari orbit.

Ilustrasi perancangan satelit starlink milik spaceX yang bakal mengorbit bumi (tidak termasuk objek angkasa) 

Projek Starlink ini merupakan satu projek yang sangat berinspirasi atau kedengaran hebat di dunia teknologi. Satu projek yang akan menghubungkan setiap inci pelusuk dunia melalui internet, ini tidak terkecuali untuk kawalan luar bandar dan pedalaman. Walaubagaimanapun, di sebalik sisi yang sangat memberi inspirasi, masih perlu dilihat sisi risikonya juga.

>> sindrom kessler <<

Sindrom Kessler ataupun di mana satelit berada dalam keadaan terburuk yang mampu menghasilkan serpihan serpihan maut angkasa. Serpihan serpihan dan satelit buruk ini akan sikit demi sedikit mengisi ruang angkasa bumi yang akhirnya menyebabkan manusia terperangkap dalam bumi ini.

Situasai yang paling teruk adalah di mana SpaceX atau mana mana syarikat menjadi bankrup setelah melancarkan semua satelit yang mereka ada, yang mungkin disebabkan oleh sebab sebab seperti peperangan dagangan, ketidakstabilan politik, atau isu isu polisi negara. Akhirnya, satelit satelit tersebut akan kekal di ruang angkasa bumi tanpa sebarang plan oleh pemiliknya yang telah bankrup untuk menurunkannya.

>> mengurangkan tahap risiko sedia ada <<

SpaceX secara proaktif telah dan cuba untuk mengambil langkah berjaga jaga bagi tidak meningkatkan tahap bahaya ruang angkasa bumi. SpaceX akan melancarkan rangkaian satelit Starlink mereka ke ketinggian yang lebih rendah berbanding ketinggian satelit lain yang mengorbit Bumi.

Dari masa ke masa melalui pelancaran demi pelancaran, jumlah satelit Starlink akan meningkat dan memenuhi ruang angkasa. Ianya akan mengambil masa beribu-ribu tahun pula untuk satelit Starlink perlahan lahan kembali memasuki atmosfera Bumi lalu hangus terbakar tanpa meninggalkan sebarang kesan.

>> Manusia hanya mampu merancang <<

Baca lebih lanjut tentang angkasa lepas di Point Nemo Atau Dikenali Sebagai Kubur Kapal Angkasa !!!

Kunjungi sekarang kedai Reka Bentuk Teknologi Pulau Pinang di

Nadi Eleczone Solutions
Lot 1667, Tingkat 1, Jalan Teluk Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, 13050 Butterworth, Penang
04 – 351 1802

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini