>> Dapatkan Kit DI SINI Bermula 10 Jun 2018 <<

Arduino Kit Line Follower Robot Penjejak Garisan merupakan set Arduino yang mengajar pengguna untuk mereka robot penjejak garisan.

Kit robot penjejak garisan ini sesuai dipelajari oleh mereka yang baru ingin mengenali dunia arduino, elektronik dan koding.

Robot penjejak garisan adalah robot automatik yang mengikut garis putih di kawasan hitam atau garis hitam di kawasan putih. Fungsi robot mestilah dapat mengesan garisan tertentu dan terus mengikutinya.

Sensor pada robot akan membaca garisan putih atau hitam di lantai dan menghantar isyarat ke mikropengawal. Berdasarkan input tersebut, mikropengawal akan memutuskan apa yang perlu dibuat. Mikropengawal akan menghantar isyarat untuk mengawal roda yang terdapat pada robot.

Saksikan video pratonton di bawah.

Anda akan dibekalkan dengan cakera padat yang mengandungi fail fail koding serta buku manual pembelajaran dalam bahasa malaysia, dan papan mikropengawal Arduino serta komponen komponen Elektronik.

Kami berharap pembaca akan menikmati menggunakan kit robot penjejak garisan ini dan mendapatkan kepuasan dalam mereka bentuk projek dan melihat ciptaan pembaca sendiri berfungsi.

>> Dapatkan Kit DI SINI Bermula 10 Jun 2018 <<

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here