Gambar di bawah menunjukkan kaki Emitter, Base dan Collecter pada kaki transistor :

Pemahaman asas tentang general purpose transistor :

Dulu masa saya mula mula nak mendalami practical elektronik, mula mula nak berjinak jinak dengan dunia litar elektronik ni, saya banyak membuat carian litar dekat internet.

Kita kecilkan skop tentang transistor sahaja, kebanyakan litar di internet menggunakan transistor yang berlainan. Setiap kali nak buat litar berdasarkan gambar di internet, saya perlu ke kedai untuk mencari transistor yang berlainan model. Lama kelamaan saya belajar yang kebanyakkan transistor yang digunakan adalah berfungsi sebagai suis sahaja. Banyak juga litar tentang RF transistor, tapi kita tak akan sentuh tentang itu.

>> Selepas itu saya banyak menyimpan stok transistor 2N3904 untuk transistor jenis NPN dan 2N3906 untuk transistor jenis PNP <<

Di bawah ada beberapa gambar menunjukkan transistor berfungsi hanya sebagai suis walaupun nombor model nya berlainan. Litar litar ini, yang hanya bertindak sebagai suis, sebagai contoh hanya untuk buka tutup LED kecil, anda boleh melihatnya sebagai general purpose transistor. Tak perlu pening pening kepala untuk dapatkan nombor model yang sebijik dengan litar di internet.

Sebagai contoh, kalau anda jumpa litar di internet yang menggunakan transistor NPN jenis 2N2222, anda boleh menukarkan sahaja dengan transistor 2N3904 (kalau anda dah simpan stock banyak macam saya). Anda hanya perlu lihat transistor transistor ini sebagai NPN general purpose transistor, fungsi nya sama hanya untuk bertindak sebagai suis.

General Purpose Transistor untuk menghidupkan lampu LCD.

Kalau anda sudah ada stock transistor NPN 2N3904 yang banyak, guna sahaja transistor tersebut, walau pun mungkin litar di internet menggunakan NPN transistor jenis lain.

General Purpose Transistor untuk menghidupkan relay.

General Purpose Transistor untuk invert kan isyarat voltan.

Secara am nya, kesemua aplikasi di atas boleh menggunakan 2N3904 NPN transistor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here