Walaupun mikrofon electret tidaklah sebagus mikrofon ternama yang lain, namun kosnya yang rendah dan proses pembuatannya yang mudah serta berskala besar manjadi faktor ramai pereka cipta litar elektronik berminat untuk menggunakannya di dalam reka bentuk elektronik mereka. Sensor bunyi jenis mikrofon electret ini boleh diaplikasikan bersama sama dengan litar old school untuk menapis dan menguatkan isyarat dari mikrofon electret. Isyarat asal yang terhasil dari mikrofon electret adalah sangat lemah dan terdedah kepada noise (isyarat yang tidak diingini seperti bunyi bising).

Gambar : litar old school a) High pass RC filter b) Low pass RC filter c) Negative Feedback Amplifier

Gambar di atas menunjukkan litar old school yang boleh digunakan bersama sama mikrofon electret. Gambar a) dan b) ialah litar penapis yang berfungsi untuk menapis noise (bunyi yang tidak diingini) daripada melaluinya. Antara parameter yang penting untuk litar penapis adalah nilai frekuensi yang mampu ditapisnya. Persamaan untuk menentukan nilai frekuensi yang mampu ditapis oleh litar dalam gambar a) dan b) adalah seperti persamaan (1) di bawah. Gambar c) adalah litar penguat berfungsi untuk menguatkan apa jua isyarat yang melaluinya. Antara parameter yang penting bagi litar penguat ialah nilai gandaan, iaitu berapa besar isyarat input Vin dapat dibesarkan ke isyarat output Vout. Persamaan nilai gandaan isyarat Vin ke Vout untuk litar dalam gambar c) adalah seperti persamaan (2) di bawah.

Gambar di atas menunjukkan modul mikrofon electret. Pada modul ini, mikrofon electret diletakkan bersama sama dengan cip MAX9814 amplifier mikrofon yang mempunyai ciri ciri AGC (Automatic Gain Control). Cip MAX9814 amplifier mikrofon ini merupakan satu cip yang sangat hebat dan amat sesuai digunakan bersama sama mikrofon electret.

>> Bersambung : Pembinaan Reka Cipta Litar Sensor Bunyi Bahagian Pertama <<

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here