>> Dapatkan Kit Koding <<

KODING versi ringkas belajar mengeKod melalui kit elektronik merupakan set Arduino yang dilengkapi dengan modul dan CD pembelajaran dalam Bahasa Malaysia.

Kit pembelajaran elektronik ini sesuai dipelajari oleh mereka yang baru ingin mengenali dunia arduino, elektronik dan koding. Anda akan dibekalkan dengan buku manual pembelajaran, cakera padat yang mengandungi fail fail koding, dan papan mikropengawal Arduino serta komponen komponen Elektronik.

Kit Koding ini juga direka bersesuaian untuk digunakan bersama sama subjek Reka Bentuk Teknologi (Elektronik) Tingkatan Dua. Sudah ramai guru guru Reka Bentuk Teknologi Tingkatan Dua mendapatkan kit Koding ini. Kit Koding ini memudahkan para guru kerana dibekalkan buku manual pembelajaran untuk rujukan pengajaran.

Manual pembelajaran ini adalah panduan pemula yang lekap kepada mereka yang ingin belajar tentang koding. Manual pembelajaran ini akan membimbing pembaca langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan kit Koding ini. Pembaca akan didedahkan tentang koding, papan Arduino Uno, mikropengawal, perisian Arduino IDE, teori elektronik am dan banyak lagi.

Kit Koding ini dilengkapi dengan lima projek interaktif iaitu Jom Cipta Lampu Suluh, Jom Cipta Lampu Isyarat, Jom Cipta Lampu Kereta Automatik, Jom Cipta Sistem Penggera Kebakaran dan Jom Cipta Meter Kelajuan Motosial.

Sekarang, pembaca akan memulakan perjalanan ke dunia koding, Arduino dan elektronik mikropengawal yang indah. Menggunakan kaedah mereka bentuk projek elektronik yang boleh diaplikasikan ke dunia sebenar, manual pembelajaran ini akan membimbing pembaca untuk mengenal koding dengan menggunakan papan Arduino Uno.

Tujuan manual pembelajaran dan set ini direka adalah untuk memudahkan pembaca mengenali Arduino, elektronik dan koding atau bahasa pengaturcaraan komputer. Manual pembelajaran ini telah ditulis dengan mengandaikan bahawa pembaca mempunyai kurang pengetahuan asas tentang elektronik, papan Arduino Uno, koding atau bahasa pengaturcaraan komputer serta perisian elektronik seperti Arduino IDE.

Berikut antara video panduan KODING kit pembelajaran elektronik yang mudah, interaktif dan lebih menyeluruh :
+ Bagaimana untuk download software arduino
+ Pemasangan perisian Arduino IDE
+ Muat naik sketch pertama anda
+ Jom cipta lampu suluh
+ Jom cipta lampu isyarat
+ Jom cipta lampu kereta automatik

Buku manual pembelajaran KODING versi ringkas belajar mengeKod melalui kit elektronik mempunyai 48 Muka Surat, 10 Tutorial reka cipta elektronik koding dan 5 Projek reka cipta elektronik koding.

Malaysia sedang menghala ke arah Industri 4.0. Ini akan menjadikan elektronik, mikropengawal dan koding atau bahasa pengaturcaraan sangat penting. Terdapat banyak sumber lain di internet yang tersedia secara percuma. Ini membolehkan pembaca yang ingin pergi lebih mendalam untuk belajar lebih banyak mengenai subjek ini.

Kami berharap pembaca akan menikmati menggunakan set koding ini dan mendapatkan kepuasan dalam mereka bentuk projek dan melihat ciptaan pembaca sendiri berfungsi.

>> Dapatkan Kit Koding <<

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here