Sejak dua menjak ini, kami selalu menyebut tentang IoT (Internet of Thing). Apa itu IoT ? IoT menggambarkan senario di mana objek fizikal setiap hari disambungkan ke internet.

Untuk pemahaman umum , mudah kata nya … Periuk memasak nasi dihubungkan ke internet. Pagar rumah dihubungkan ke internet. Kereta kita dihubungkan ke internet. Malah baju kita juga boleh dihubungkan ke internet.

Komponen asas dalam sistem IoT boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

+ DEVICE adalah peranti yang berinteraksi dengan dunia fizikal. Contohnya Peranti Meter Elektrik TNB.

+ GATEWAY pula adalah pintu laluan untuk menghantar data dari device kepada cloud

+ CLOUD adalah platform untuk menerima data dari device (satu atau lebih dari satu device). Dikumpulnya data lalu diproses untuk kegunaan user.

THING atau DEVICE adalah peranti yang berinteraksi dengan dunia fizikal.

Untuk percakapan UMUM, Device boleh jadi Radio, Kereta, Mesin Basuh dan banyak lagi.

Untuk bagi yang baru nak mula belajar IoT, Device anda adalah CONTROLLER yang boleh berinteraksi dengan GATEWAY seperti ESP8266, Node MCU, RASPBERRY PI dan banyak lagi.

GATEWAY adalah titik perhubungan antara Device dan Cloud

Situasi Pertama : IoT Device menghantar data ke GATEWAY. GATEWAY menghantar data kepada Cloud.

IoT DEVICE –> GATEWAY –> CLOUD

Situasi Kedua : Cloud menghantar data ke GATEWAY. GATEWAY menghantar data kepada IoT Device.

CLOUD –> GATEWAY –> IoT DEVICE

KUIZ : Adakah Modem Internet yang berada di kebanyakan rumah persendirian boleh dikategorikan sebagai GATEWAY?

IoT Gateway terbahagi kepada dua iaitu Traditional IoT gateways dan Smart IoT gateways.

Traditional IoT gateways adalah tidak pintar. Ia hanya menjalankan fungsi asas gateway iaitu sebagai laluan data dari satu titik ke titik lain.

Gateway jenis ini juga adalah tidak efisien untuk menghubungkan beratus IoT device pada satu masa. Bayangkan 100 Device IoT cuba berhubung dengan satu modem, ianya akan memakan bandwidth modem tersebut. Kesannya proses modem akan lebih perlahan dari kebiasaanya.

Smart IoT gateways adalah pintar. Ia berupaya untuk memproses data yang diterima daripada IoT device terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke Cloud.

Kelebihan meggunakan Smart IoT gateways adalah data yang dihantar ke Cloud dapat dikurangkan. Ini kerana, data akan diproses atau ditapis terlebih dahulu.

Kelebihan SMART IoT GATEWAYS

+ MEMPROSES DATA

IoT Device menghantar Raw Data kepada Smart IoT Gateways. Raw Data yang diterima akan diproses atau ditapis terlebih dahulu oleh Smart IoT Gateways.

Kapasiti data yang telah diproses adalah lebih kecil berbanding saiz Raw Data. Disebabkan Kapasiti data yang telah diproses adalah kecil, database atau cloud dapat menyimpan data lebih banyak dan lebih effisien.

+ SECURITY

Smart IoT gateway membantu menambah elemen security kepada data IoT dan rangkaian IoT.

Smart IoT gateway melindungi data yang masuk dan keluar dari gateway.

Smart IoT gateway juga melindungi data daripada bocor semasa berada di cloud.

Smart IoT gateway menhalang IoT device yang tidak didaftar mencerobohi cloud persendirian.

BERSAMBUNG ……..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here