Kebanyakan Arduino Uno Compatible menggunakan cip CH340G Uart kepada USB Converter. Sesetengah komputer atau versi window sudah mempunyai driver ini di dalamnya dan ada komputer yang tiada. Bagi sesetengah komputer yang tidak mempunyai driver ini, komputer tersebut tidak akan mengenali papan Arduino Uno Compatible, Microsoft Window tersebut akan melihat papan Arduino Uno Compatible ini sebagai “unrecognized USB2.0-Serial”

Bagaimana nak tahu sama ada versi Window kita sudah mempunyai driver CH340G atau tidak dan di mana boleh kita dapatkan driver ini? Pertama, sambungkan papan Arduino Uno Compatible ke komputer. Buka Control Panel dan pergi ke Device Manager.

Di bawah tab “Other devices”, anda boleh melihat USB2.0-Serial yang tidak dikenali oleh Window. Ini bermaksud yang versi Window anda tidak mempunyai driver CH340G. Jika sebaliknya, anda melihat USB-SERIAL CH340, ini bermakana window anda sudah mempunyai driver.

Bagi versi window yang tidak mempunyai driver CH340, muat turun di pautan di bawah.

>> Muat Turun Di Sini <<

Extract file tersebut. Selepas itu, klik dua kali pada “CH341SER.EXE” untuk install driver.

Tekan butang “INSTALL”. Ini akan meneruskan proses untuk install driver USB-SERIAL CH340.

Klik butang “OK” selepas anda berjaya install driver CH340.

Anda boleh menyemak sama ada anda telah berjaya install atau tidak dengan pergi ke partition C. Di sana akan ada folder “WCH.CN” yang mengandungi driver CH340.

Selepas itu, buka kembali Device Manager. Jika versi Window anda cukup pintar, ia akan secara automatik install kan driver CH340 kepada anda. Arduino Uno Compatible anda akan dikenali sebagai USB-SERIAL CH340 dan anda sudah boleh mula untuk memuat naik code Arduino anda.

Kalau window anda tidak cukup pintar, anda perlu right-click pada “USB2.0-Serial” dan klik “properties”.

Selepas “USB2.0-Serial” window muncul, anda perlu klik pada butang “Update Driver”.

Klik pada butang “Browse my computer for driver software”.

Klik pada butang “Browse”. Selepas itu cari folder “WCH.CN” dan tekan butang “OK”.

Selepas itu tekan butang “Next”.

Sekarang, Arduino anda bersedia untuk digunakan. Happy Coding.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini