Tutorial cara cara memeriksa Graphic LCD 128×64 ini sesuai digunakan dengan LCD yang dihidupkan oleh chip ST7920. Arduino Nano akan digunakan bagi menghantar arahan kepada Graphic LCD ST7920.

Di bawah adalah antara yang perlu dimuat turun atau dibaca sebelum kita meneruskan tutorial kita ini :

1. Datasheet untuk Graphic LCD 128×64
2. u8glib_arduino_v1.17.zip
3. u8glib website

Link nombor 1 adalah datasheet untuk graphic LCD 128×64. Dokumen ini membekalkan pembaca dengan maklumat teknikal berkenaan graphic LCD ini. Kalau anda adalah pelajar kejuruteraan, anda patut membacanya.

Link nombor 2 adalah library arduino. Muat turun library ini dan masukkan ke dalam folder arduino libraries.

Link nombor 3 adalah u8glib website merujuk kepada komuniti yang membantu untuk melengkapkan library arduino yang bakal kita gunakan. Kalau anda ingin menggunakan library ini, sekurang kurangnya tengok website mereka sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada mereka.

Connection dari graphic LCD ke Arduino Nano, connection ini menggunakan mode parallel.
+ VSS – GND
+ VDD – 5V
+ VO – Leave unconnect
+ D/I – A3
+ R/W – A2
+ E – A4
+ DB0 – 8
+ DB1 – 9
+ DB2 – 10
+ DB3 – 11
+ DB4 – 4
+ DB5 – 5
+ DB6 – 6
+ DB7 – 7
+ PSB – Leave unconnect
+ NC – Leave unconnect
+ RST – Leave unconnect
+ VEE – Leave unconnect
+ A – 5V
+ K – GND

Kemudian, buka software Arduino IDE, buka example Hello World dari u8glib example.

Di dalam code, cari bahagian yang dimerahkan seperti gambar di bawah dan uncomment kan bahagian ini. Ini akan membolehkan caller untuk ST7920 dicipta. Code menggunakan u8glib library ini juga sesuai digunakan dengan beberapa cip jenis lain.

Kemudian muat naik code ke Arduino Nano. GLCD anda akan mula bertindak mengikut apa yang diarahkan oleh Arduino Nano dengan memaparkan gambar di bawah.

Ada beberapa lagi example yang anda boleh teroka, anda boleh mencubanya. Saya kepilkan beberapa gambar example yang sudah saya berjaya muat naik ke Arduino Nano.





TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini