Anda boleh dapatkan GSM Geeetech SIM900 di sini.

>> Dapatkan GSM Geeetech SIM900 di sini <<

Langkah 1, Masukkan kad sim anda ke dalam slot kad sim di atas GSM Shield. Pastikan kad sim anda masih aktif dan mempunyai kredit.

Langkah 1

Langkah 2, pemilihan pin komunikasi antara Arduino dan GSM Shield, pastikan jumper ada pada kedudukan seperti di dalam gambar. Jumper mestilah dihubungkan pada pin D7 dan D8 di mana ianya berfungsi sebagai software serial (kotak merah).

Langkah 2

Langkah 3, pastikan kedua dua solder pad ini tidak berhubung antara satu sama lain.

Langkah 3

Langkah 4, pastikan suis digerakkan ke label “xduino”.

Langkah 4

Langkah 5, letakkan GSM Shield ke atas board Arduino.

Langkah 5

Langkah 6, code arduino adalah seperti di bawah:

/*

  Note: this code is a demo for how to using gprs shield to send sms message
  
  Replace the following items in the code:
  1.Phone number, don't forget add the country code

*/

#include <SoftwareSerial.h>
#include <String.h>
SoftwareSerial mySerial(7, 8);

void setup()
{
  mySerial.begin(19200);  // the GSM Shield baud rate   
  Serial.begin(9600);    // the GSM Sheild baud rate 
  delay(500);
  
  SendTextMessage();
}

void loop()
{

}

///SendTextMessage()
///this function is to send a sms message
 void SendTextMessage()
{
  mySerial.print("AT+CMGF=1\r");    //Because we want to send the SMS in text mode
  delay(500);
  mySerial.println("AT + CMGS = \"+60194339489\"");//send sms message, be careful need to add a country code before the cellphone number
  delay(500);
  mySerial.println("A test message!");//the content of the message
  delay(500);
  mySerial.println((char)26);//the ASCII code of the ctrl+z is 26
  delay(500);
}

Di dalam code tersebut dan tukar code di bahagian nombor telefon dengan nombor telefon untuk menerima mesej dari GSM Shield ini.

Langkah 6

Langkah 7, hubungkan Arduino Uno dengan Komputer menggunakan kabel USB, dan jangan lupa juga untuk sambungkan AC DC adapter 9V atau 12V ke papan Arduino Uno. Ini penting, kalau tidak arduino uno dan GSM shield tak cukup power untuk membuat operasi seperti menghantar mesej. Muat naik code anda ke Arduino Uno menggunakan Arduino IDE. Pastikan code anda berjaya di muat naik, anda akan lihat mesej “Done uploading” pada Arduino IDE anda.

Langkah 7

Langkah 8, selepas selesai memuat naik code ke Arduino Uno, hidupkan GSM Shield dengan menekan butang power (kotak merah). Anda akan perasan yang “Status LED” dan “NetLight” (kotak biru) mula menyala.

Langkah 8

Langkah 9, cuba perhatikan kecepatan lampu di label Netlight berkelip kelip. Pastikan SIM900 SIM900A telah register dengan network (64ms On/3000ms Off).

Langkah 9

Langkah 10, selepas SIM900 SIM900A telah register pada network, tekan reset button yang ada di atas board Arduino (anak panah merah).

Langkah 10

Langkah 11, dengan menekan reset button pada Arduino Uno, ini akan membuatkan code arduino kembali ke atas dan melaksanakan semula setiap baris code. Akhir sekali, code arduino akan menghantar mesej ke nombor telefon yang dah dimasukkan ke dalam code.

Langkah 11

Selepas beberapa saat anda tekan reset button di langkah 10 tadi, nombor yang didaftarkan di dalam code akan menerima mesej.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini