Untuk beginner, kadang kadang mereka mengalami kesusahan untuk mencari nilai capacitor yang tepat di kedai kedai elektronik. Mereka mencari litar di internet, tetapi nilai nya berlainan dari satu gambar litar ke gambar litar yang lain. Litar seperti Voltage Regulator tidak memerlukan anda untuk menggunakan nilai sebijik seperti gambar litar. Anda mungkin boleh menggunakan capacitor yang ada dalam simpanan anda sahaja. Litar seperti litar Filter, anda memerlukan nilai yang amat dekat dengan nilai yang terdapat dalam litar atau pengiraan.

Kita akan bercerita tentang litar Voltage Regulator yang tidak memaksa anda untuk menggunakan nilai capacitor yang tepat. Jika anda membuat carian di internet, mungkin litar 12Vdc kepada 5Vdc converter, anda akan mendapati beberapa litar yang menggunakan nilai capacitor yang berlainan seperti di bawah. Menggunakan LM7805, tetapi nilai capacitor yang berlainan.

Secara am nya, jika anda menghadpi masalah berkenaan nilai capacitor yang berlainan (untuk litar voltage regulator, bukan litar Filter), anda boleh memilih untuk tidak mengikut nilai yang diberi. Untuk ceramic capacitor, anda boleh terus menggunakan 0.1uF. Untuk Electrolytic Capacitor, anda boleh terus menggunkan 100uF, cuma perlu sedikit berhati hati dengan nilai maksimum voltan yang boleh diterima E-Cap tersebut. Sebagai contoh, saya memilih untuk menggunakan E-Cap 100uF 35V, memangdangkan maksimum voltan saya hanya 12V di input dan 5V di output.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini