Jom buat telefon bimbit menggunakan GSM SIM900/SIM900A. Kali ini kami akan menunjukkan bahagian hardware atau litar telefon bimbit yang bakal kita buat nanti. Simple simple jer macam nokia hitam putih dulu dulu tu.

Perkara pertama adalah untuk menyediakan komponen komponen yang diperlukan. Jadi apa yang kita perlukan untuk membuat sebuah telefon bimbit yang mempunyai ciri ciri asas seperti boleh telefon dan hantar mesej.

Antara perkara perkara asas yang diperlukan adalah komponen GSM itu sendiri, keypad dan LCD. Kita buat yang simple simple dulu, nanti pelan pelan kita upgrade.

OK, apa lagi yang perlu kita ada? Jom kita perincikan komponen komponen yang diperlukan.

Komponen komponen utama :

+ Papan Arduino Uno

+ Geeetech SIM900/SIM900A Shield

+ LCD 20×4

+ 4×4 Matrix Keypad Membrane

+ Potentiometer

Komponen sampingan :

+ Donut board / Breadboard / Veroboard

+ Jumper wire

+ Soldering Kit

Jom kita belajar sikit tentang input dan output. Antara bahan bahan di atas, yang mana satu input, yang mana satu output.
OK, 5 minit. Kelaskan yang mana satu input dan yang mana satu output.

Input -> (baca) -> Proses Data -> (kawal) -> Output

Papan Arduino Uno adalah papan pemproses data. Dialah yang akan membaca input dan mengawal output.

LCD 20×4 pula adalah output sebab arduino akan kawal LCD untuk paparkan sesuatu.

Keypad pula adalah input sebab arduino akan baca apa yang ditekan oleh pengguna.

Jom kita mula buat, anda memerlukan komponen/shield yang paling penting iaitu SIM900/SIM900A. Mana mana shield SIM900/SIM900A sepatutnya compatible dengan tutorial ini. Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan shield kegemaran kami iaitu Geeetech SIM900/SIM900A GSM/GPRS Shield.

Gambar 1 adalah Geeetech SIM900/SIM900A GSM/GPRS Shield.

 

Gambar 1

Gambar 2, pastikan simkad anda mempunyai kredit yang mencukupi dan sim kad yang anda gunakan masih aktif. Kelak kita akan membuat panggilan telefon dan menghantar mesej menggunakan shield di atas. Masukkan sim card di ruangannya seperti gambar 2.


Gambar 2

Gambar 3, pastikan switch power berada pada label Xduino. Ini akan membuatkan shiled ini untuk menerima power dari Arduino Uno.


Gambar 3

Gambar 4, pastikan jumper serial pin berada pada D7(RX) dan D8(TX). Kita tidak akan menggunakan pin hardware serial (D0 dan D1) di atas arduino uno untuk berhubung atau bercakap dengan SIM900/SIM900A. Kita akan menggunakan pin D7 dan D8 yang berfungsi sebagai software serial untuk berkomunikasi dengan arduino uno.

Gambar 4

Gambar 5, proses solder diperlukan di sini. Pastikan kedua dua pad yang terpisah tersebut dihubungkan dengan timah bersama sama. Asalnya, ianya tidak dihubungkan. Ambil solder iron dan hubungkan kedua dua pad ini dengan timah. Menghubungkan pad  ini adalah untuk membolehkan pin reset SIM900/SIM900A dikawal oleh pin D9 arduino uno. Kelak, kita akan menulis code untuk menghidupkan SIM900/SIM900A secara automatik menggunakan pin D9 arduino uno.

Gambar 5

Gambar 6, kemudian anda boleh letakkan Geeetech SIM900/SIM900A shield di atas arduino uno.

Gambar 6

Gambar 7, kemudian kita akan melukis pin diagram untuk arduino uno.
+ Geeetech SIM900/SIM900A akan menggunakan VIN, GND 5V, RESET, D7, D8, dan D9.
+ LCD akan menggunakan 5V, GND, A0, A1, A2, A3, A4, A5 dan D10
+ Keypad akan menggunakan D2, D3, D4, D5, D6, D11, D12 dan D13.

Gambar 7

Gambar 8, kita akan teruskan dengan connection pada keypad. Harap harap gambar 8 mencukupi untuk pemahaman.

Gambar 8

Gambar 9, kita akan teruskan dengan connection pada LCD. Sekali lagi, harap harap gambar 9 mencukupi untuk pemahaman.

Gambar 9

Gambar 10, hampir siap. Anda boleh connect kesemua module/shield berdasarkan pin diagram arduino sebelum ini. Saya lebih menyukai untuk connect kesemua komponen saya di atas donut board / vero board dan solder komponen komponen tersebut di atas donut board / vero board. Anda boleh gunakan breadboard dengan jumper wire, itupun kalau anda suka guna breadboard.

Gambar 10

Siap hardware. Tutorial berikut nya adalah bahagian coding. Bermula lah bahagian yang menyeronokkan bagi sesetengan orang atau bahagian yang menyeramkan bagi sesetengan orang.

Update:

Bahagian 2
Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 2 – Penyediaan Arduino Library

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini