Sambungan Jom Buat Telefon Bimbit Menggunakan GSM SIM900/SIM900A – Bahagian 3 – Menghantar Message

Baik. Dalam bahagian 4, kita akan memprogramkan Telefon Bimbit kita untuk padamkan kesemua message di dalam inbox selepas telefon bimbit kita dihidupkan. Selain itu, telefon bimbit kita juga akan memberi notifikasi kepada kita jika ada message baru masuk.

Tak ada sebab yang istimewa kenapa saya perlu padamkan kesemua mesej setelah telefon bimbit dihidupkan, cuma saya tak nak inbox full nanti. Jadi saya putuskan untuk padamakan semua message selepas telefon dihidupkan dan sebelum membuat apa apa proses.

Macam biasa, anda boleh download code penuh di bawah dahulu sebelum kita melangkah lebih depan. Saya hanya akan menyentuh bahagian bahagian penting sahaja di dalam code.

Full code :
https://www.dropbox.com/s/3cc1l66cyz0ydbu/tutorial3_newSmsNotification.zip?dl=0

Extract fail code yang telah anda download dan buka code tersebut menggunakan software arduino.

Sebelum kita bergerak lebih ke hadapan, mari kita senaraikan AT Command tambahan yang akan kita gunakan untuk tutorial kali ini.

Fungsi : Untuk memadamkan semua mesej
AT Command yang akan dihantar ke SIM900 :

+CMGDA="DEL ALL"

 

Fungsi : Memberi notifikasi kepada arduino jika ada mesej baru yang masuk. ‘n’ di dalam AT Command di bawah mewakili nombor mesej baru yang belum dibaca.
AT Command yang diterima dari SIM900 : +CMTI: “SM”,n

+CMTI: "SM",n

 

Gambar 1

Gambar 1, anda akan perasan satu baris baru dalam code di bahagian void setup(). Baris ini akan menghantar AT Command kepada SIM900 untuk memadamkan semua mesej di dalam inbox.

Bahagian ini penting bagi mengelakkan konflik di dalam code telefon bimbit kita yang masih tidak lagi sempurna. Kelak mungkin kita akan membuangnya dari void setup(). Padamkan semua mesej sebelum kita masuk ke dalam void loop().

Gambar 2

Gambar 2 akan memanggil fungsi checkATcommand untuk memeriksa sama ada software serial menerima AT command notifikasi mesej baru. Jika ada +CMTI: “SM”,n command diterima di pin software serial, fungsi checkATcommand akan memebri nilai ‘n’ kepada variable answer dan print kan nilai tersebut di atas LCD.

Pada baris ini, mana mana data yang diterima di pin software serial akan dibandingkan dengan SM”. Kalau perbandingan ini betul, data seterusnya yang akan hadir adalah nilai ‘n’ di mana akan dimasukkan ke dalam variable answer. Nilai ‘n’ adalah nilai mesej baru yang belum dibaca lagi.

Gambar 3

Gambar 3 menunjukkan notifikasi 2 mesej baru diterima dan belum dibaca. Siap. Jumpa lagi pada tutorial berikutnya. Harap harap kita boleh mula untuk membaca text message yang kita terima.

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini