Differential Amplifier. Dalam arus DC, differential amplifier boleh digunakan untuk mengukur voltan diantara dua titik. Nampak tak, dengan kata lain, ianya umpama mini voltmeter atau current meter. Untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, anda boleh hubungkan litar ini kepada mikropengawal untuk membaca voltan di antara dua titik.

Differential Amplifier

Current to Voltage Converter – Transimpedance Amplifier. Litar ini kebiasaanya di letakkan bersama sama dengan photo diode atau phototransistor. Komponen “photo” yang disebut tadi berfungsi untuk menukarkan keamatan cahaya kepada current dalam kuantiti yang sedikit. Dengan menggunakan trans-impedance amplifier, ia akan menukarkan bacaan current yang sedikit kepada bacaan voltan yang boleh diukur.

Current to Voltage Converter – Transimpedance Amplifier

Constant Current. Litar ini akan mengehadkan arus current. Iset di dalam gambar di bawah berupaya menjadi pengawal untuk menentukan jumlah maksima arus current yang boleh melalui Darlington Transistor. Jika anda ingin mereka bentuk satu litar di mana anda tidak mahu elektronik load anda menerima arus current lebih daripada sesuatu tahap, anda boleh menggunakan litar ini untuk meletakkan tahap maksima current yang boleh pergi kepada elektronik load anda. Lebih menarik kalau anda menggunakan litar ini bersama sama dengan mikropengawal untuk mengawal arus current maksima yang boleh pergi kepada elektronik load anda.

Constant Current

Constant Voltage. Litar ini digunakan untuk mengawal voltan yang masuk Vin kepada tahap tertentu. Voltan keluar Vout dikawal oleh Vset. Yang menariknya pada litar ini, anda boleh menghubungkannya dengan mikropengawal dan mengawal voltan keluar Vout menggunakan pin Vset.

Constant Voltage

TINGGALKAN JAWAPAN BALAS ANDA

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini